Monday 31 October 2011

Wedding Theme : Rainbow

 Wedding Theme : Rainbow

Cun tak..?
Meriah kan...?


Hand bouquet pun cantik..

Kan... baru laaa ala² Happy Diwali.. muahahahhaha
Tak pening kepala nak match color bagai, semua adaaaaaaa...

Baju sanding : Biru
Veil              : Hijau
Kasut           : Pink
Make Up     : Mix (Biru, Hijau, Pink)

Time ni la baru tau, untuk diri aku color apa yang akan naik seri.. uewwwwwwww =P

Opss..!! wedding cake...




p/s : Masih tak dapat pastikan theme sebenar.. asyik bertukar fikiran lagi sekarang ni, huhu

Sunday 30 October 2011

Yeaaah! Kito Monang

Hobin Jang Hobin!!!

Friday 28 October 2011

Doa Murah Rezeki

Surah al-Maidah - 5:114

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.


* Sebaik² doa untuk dimurahkan rezeki ialah, dengan membaca Surah Al Fatihah kepada ke-2 ibu bapa kita pada setiap pagi..

Thursday 27 October 2011

Vendor - Tempahan Kad Kahwin

Tak ada kerja aku search tadi..maka banyak lah website yang menawarkan yang paling mahal hingga paling murag serendah 8sen / unit..

Murahkan..? i loikkkeeee @__@

Pencarian bermulaaaaaaa.....

Ni je la dulu.. tak larat pulak nak click..huhu

p/s : Letak link vendor kat sini nanti senang nak cari balik..uewwww!!

Wednesday 26 October 2011

Berangan Itu Free

Hye peeps! wah..bangun lambat yeayyy..... public holiday..hihi


 Carlo Rino..

 ini pilihan color aku ANDAI aku beli.. mustard yellow.. huhu


Price almost to RM 600++ less 20% = still dalam mood pengsan

Venue : Jusco Seremban 2


p/s : Ayuh kita berangan je dulu coz BERANGAN ITU FREE.. =P

Tuesday 25 October 2011

DIY - Doily Paper Roses Yang Fail


Cantik tak..? cantik tak..? huhu macam comel je tapi bukan aku yang buat pun copy je lebih..hahahah!!

Tergedik-gedik rasa nak try sebab nampak mudah lagi tambah teruja sebab stock doily paper time E-Day hari tu masih berbaki..


Ingatkan semudah tutorial dalam picture ni..rupanyaaaaaaaaaaa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hampeh tak jadi langsung, bukan kata nampak rupe sipi-sipi tapi ini memang fail terus...
hahahahahaha..! 2 kali pandang dah macam sarang apa tu eh yang selalu tergantung-gantung..huhu


ish, kelakar betul lah benda alah ni.. yang pink tepi-tepi tu aku guna highlight pen..huahauahauaua

Last sekali, baru aku perasan kenapa tak jadi walaupun simple dan kenapa doily paper yang merah tu nampk soft.. rupanyaaaaaaaaaaa doily paper aku tu ber triple-triple bukan ber double.. patut lah kejung semacam masa nak gulung tu...

Give up... terus tidur..huhu next time ada kerajinan aku godek lagi ye doily paper ku sayanggg.. @___@

p/s : Tangan aku ni memang jenis kejung pun, tak kreatif... glupp T___T

Monday 24 October 2011

Perihal Kad Kahwin


Perihal kad kahwin ni pun akan aku cut cost habis-habisan!! hehehe.. itu pun selepas dapat kata sepakat.. huiiii den suko woii.. jimat!!


Banyak sebab yang membuatkan kitaorang berfikir panjang mengenai kad kahwin nih. Kalau ikut hati aku nak wangi². lip lap lip lap semua tu laaaah, alang² nak yang macam artis..muahahahahaa.. kan, berangan itu free.

Dan kalau boleh jugak, aku nak buat dan print sendiri guna conqueror paper je..see, betapa kedekutnya aku... tapi mengingatkan nanti apa pulak family ke 2-2 belah pihak cakap.. mak oii kedekut punya orang..

Search punya search dapat lah masuk Sini, boleh tahan murah dan kad pun sesimple yang aku nak..

Yang paling aku pasti, salah satu daripada contoh kad tersebut sebiji macam yang Cik Senah tempah kat Johor, tempah dengan kawan adik dia.. tau berapa 1 unit..? 90sen wooooh! berbanding link yang aku bagi tu baru 29sen / Unit.. dan² aku rasa Cik Senah kena kencing..

Aku dengan Cik Embun dah cakap, kad simple macam tu mahal 90sen, baik survey..tapi dah dia malas..huhu terima je laaaa.. nak je aku bagitau dia tapi kang meraung pulak..hehe

Sebenarnya bagi aku 29sen tu pun mahal...ni kedekut tahap teruk.. hahahahaha

p/s : Sedang menunggu design kad kahwin BBF lama, nak tiru.. huhu
p/ss : Cepat sikit Nani weeeeeeeeeeeh.. :P

Saturday 22 October 2011

DIY : Brown / White Paper Bag

*** Schedule Post

(Ini DIY dalam mood berangan lagi..huhu)

Beberapa hari lepas dalam sesi verbal discussion untuk door gift, telah pun capai kata sepakat yawwwss! huhu itu pun jenuh jugak lah aku bagitau segala detail dari yang halus sampai yang nyata.. faham tak..? hahahhaha
pendek kata teori & praktikal lah..

Brown Paper Bag

White Paper Bag

First dulu sebelum dapat approval, gila teringin yang white nih.. rasa lebih cun, then bila cari info.. survey sana sini rasa macam tak comfortable pulak.. yer lah paper bag ni kan nipis nak pulak tu yang white color, fail habis.. so REJECT.. ngeh³

Tapi..tapi... malas nak start dulu, next month.. at least bila keluar n3 ni motivator akan cakap aku ada jugak buat persediaan sikit²..hohohoho.

Dekorasi masih dalam perbincangan dan bajet..muahahahahah..

k, bai...

Semua Teringin DIY Sendiri

Bila tengok orang lain DIY macam², aku pun teringin.. tapi entah lah angin rajin tak timbul² lagi pun.. link semua dah tarik simpan, gambar² pun dah save masuk folder untuk rujukan.. tapi mood.. alahai.. ke laut sangattttt dah.

Semangat ni kejap sangat, ala² mat jenin..

Dalam otak terlalu banyak sangat simpan memori, idea semua banyak tapi tak terbuat pun.. hahahahahah kesian sungguh!! tunang sapa la yang malas sangat nih.. nak kata tak ada masa, terlalu banyak masa nih..

Terlebih sepatutnya dah untuk aku buat checklist..adoiyaiii.. @_____@

Oh! angin..bawa lah mood RAJIN padaku..
ingin ku hembus segala idea yang berserabut dalam kepalaku..

Friday 21 October 2011

Moh Kita Ke Paroi



Hobin Jang Hobin!!!

Over..

Sepatutnya Pulun Kedah Pulun.. tapi buat macam mana dah terkandas, pengadil arr nihhhhh!!! *tetiba..

Ingat nak post esok je memandangkan esok malam baru nak g Stadium tengok N9 vs T.Team, tapi aku kan suka lupa daratan..esok kang terlupa...hauhauahaah!!

Follow Motivator tercinta g stadium, last week tak boleh g sebab tett..tett.. minggu ni orang ajak lagi..uewwww!! i like.. ^____^

First time nak jejak stadium Paroi, risau jugak kang ramai orang buatnya terlanggar aku terus terlenyek.. dah lah ketot..opsss!!


Sebab ke-2 nak g pun berkaitan ini jugak..wakakakakaka!!

tu je, k bai.....

p/s : This few weeks, amat jarang blogwalking, memikirkan pelbagai pekara..sorry yawwwwws!! :)

Thursday 20 October 2011

Wednesday 19 October 2011

Pengaruh Kristian Dalam Islam...?

Tertarik dengan n3 Kak Jee pagi ni, terus aku pun ala² teringat zaman kita sekarang yang terlalu banyak sangat fesyen bertudung. Sampaikan kadang² fesyen itu sebenarnya memerangkap kita hingga terpesong tanpa kita sendiri sedar.

Lihat lah..


Subhanallah

Ini bukan nak mengaibkan tapi sekadar peringatan, bila tengok artis dah jadi mangsa fesyen.. memperagakan itu ini.. kalau orang biasa kat luar sana aku tak pernah nampak dengan mata sendiri lagi la bertudung camni, habis sangat ala² Hana Tajima je kot.

Lagi satu, aku amat tak berkenan tengok orang pakai tudung express tu then tarik yang dekat leher tu pin kat belakang, ooowwh dan sekarang baru lah aku perasan yang aku tak suka tu rupanya berkaitan dengan cara Sister kat gereja tu pakai.


SEBAGAI PERINGATAN KEPADA WANITA
FESYEN TUDUNG MENYERUPAI RAHIB WANITA KRISTIAN
Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

Sumber : Gambar dari Kak Gee (yang di copy dari google)


p/s : Yang buruk tu dari aku, Yang baik itu dari Allah SWT... 


Tuesday 18 October 2011

Saya Si Pendek

Venue : The Mines
Date   : Tak ingat
Time   : Malam..selepas makan pizza.. bab makan je aku ingat..lol

Nampak..? si pendek nih..huaaaaaa...ni pun dah pijak atas palang besi wooooh
tapi takpa memang aku pendek pun, lebih sedap hati aku orang panggil si rendah (bukan rendang..no..no..no)
dengan ketinggian 153cm kahkahkahkah!!! berat 42kg..

Tapi ni gambar 2 minggu selepas raya, nampak macam sedikit berisi...now, dah keding balik.. last week demam kebah tak kebah, hilang selera makan hingga menyebabkan aku berpuasa.. see, niat untuk berpuasa dah terpesong, apo daaaaaa...

Semalam keluar, makan bertubi² start dari breakfast sampai petang, malam awal je aku terbongkang sakit kepala..

Check List Cap Ayam #2

Terima lah..tulisan yang bukan macam bukan manusia yang tulis..wakakakaak

Checklist cap ayam ni tak ingat bila buat.. time ni memang main conteng, tulis apa yang ingat dalam kepala otak saja..muahahahahah

Semalam kekonon nak survey barang hantaran, tapi semua kebenda pen + kertas apa pun tak ready.. dah konon terror kira guna jari.... langsung apa pun tak jadi, ketawa je lah yang jadi, hampesssss

Rugi lah 1 weekend...

Kang tunggu another weekend..keddahnya tergendala lagi..hahahhaha lepas tu langsung kena marah lagi, 1 hapak preparation tak buat...huk3.. *pengsan

Sepatutnya dah ada benda yang dah boleh dibuat.. tapi angin rajin tu entah mano poie ehhhh... T______T

Monday 17 October 2011

Oh!chenta - Pre Wedding RM 150nett (December)

Terkejut beruk sekejap aku tengok nih..beruk pun tak terkejut macam aku! Pre Wedding  
RM 150nett je noxxx.. awesome! cheap..cheap.. pengsan!!

Area Seremban & Putrajaya memang dekat dengan aku, teringin dowh.. tapi rasa macam tak boleh jer.. huhu kang tunang cakap MEMBAZIR sebab tuttt tutt.... *menangis T___T

see, RM 150 jer pun..huk³

Lagi pun kang ramai yang membantah kitaorang buat pre wedding.. Emm, takpa lah kita camera dah ada nanti kita buat sendiri je lah k..hahahahah nak sedapkan hati..
*menangis lagi T___T

Yang berminat click Oh!chenta
Berbaloi³.....

Saturday 15 October 2011

Tahajjud Cinta - T.A.M.A.T

Hey.. dengar sini rakyat jelata.. aku dengan ini mengumumkan yang aku sangat tidak berpuas hati dengan ending drama Tahajjud Cinta..wahahahahahaa

See..letih aku tunggu sambil mengharapkan ending yang maha mabeles tapi...punah! Sejak minggu lepas lagi dah nampak drama ni nak klimaks tapi itu tak cukup lagi sampai lah semalam dimana Solah dengan Seri kena rejam!! .emmmm...

Puan Eirma Fatima buat drama ni dah cukup bagus dah, tapi sayang..beliau tak mau tunjuk balasan rejam yang sepatutnya kami penonton nak tengok..terus hati jahat aku kata "...ooo, Eman Manan kan husband dia..." kahkahkah gila sewel kan..

Banyak lagi part yang tergantung, apa jadi dengan Seri..? Bapak Seri yang bahalol tu camne..? Sharifah bangang tu..? Humairah yang tetiba naik hantu tu..? kalau aku pengarah, aku setelkan semua part tu dengan buat dorang semua mati sebab pondok Al-Taqwa dibakar oleh para penduduk, kan senang semua dalam 1 scene..boleh gitu..? ngeh³....

Satu jer yang bagi pengajaran dalam drama ni, kita jangan taksub terhadap seseorang / pemimpin yang kita nampak baik, beragama hinggakan hati kita buta untuk melihat kejahatan yang dilakukan mereka dan beranggapan ianya adalah kebenaran. Ingatlah, seseorang yang tinggi ilmunya semakin besar dugaan dan lagi kuat lah syaitan menghasut.

Sehebat mana lelaki itu, andai tersasar IMAN nya kamu tetap tewas kepada wanita.. ;)

Friday 14 October 2011

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 
Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Surah nih pun mak aku bagi jugak, sms dalam bahasa rumi..owh! mak.. tak reti baca lah dalam rumi, harus aku search google.
Aku pernah amalkan masa nak interview SPA last year, huhu.. tapi bukan rezeki aku lagi..
Ayat nih untuk mempermudahkan segala urusan kita dikala kita dalam kesusahan, kepayahan dalam melakukan sesuatu perkara.. 
Amalkan insya'allah segala kesempitan dapat dilapangkan.. Tuhan maha mendengar semua doa umatnya. 
p/s : Sharing is Caring..thanks mak! lebiuuuuu ^___^
 

Thursday 13 October 2011

Dua Insan Yang Sangat Bermakna


Dua insan ni lah yang paling bermakna dalam hidup aku dunia dan akhirat! Tiada bandingan, langsung tiada sekelumit pun yang buat aku rasa terabai.

Berkorban apa saja mengikut kemahuan aku tanpa rasa segan silu, susah payah, perit segala. Andai dunia meletup akan aku capai tangan ke-2 mereka ni.

Aku beruntung lahir pada masa family aku dalam keadaan sederhana, agak mewah bak kata abang dengan akak aku sebab dorang dulu kecik-kecik pernah merasa susah, makan nasik kosong dengan garam saja. Tapi aku langsung tak pernah mengalami situasi susah tu. Mungkin aku makan bubur nasik yang mak buat campur garam yer lah aku kan kecik lagi mana tau..hehe

Lagi ayah aku seorang je bekerja.. mak aku ayah aku tak kasi kerja duduk rumah jaga makan minum ayah aku dengan anak-anak..besar sungguh pengorbanan ayah aku. Dulu kami hanya ada sebijik motosikal Vespa yang mana untuk menampung 6 orang sekeluarga. Nak pergi mana terpaksa sewa teksi, nak balik kampung ke Langkawi sewa teksi sampai ke Jeti, nak balik kampung ayah pun sewa teksi, keluar jalan pun sewa teksi! Disebabkan itu, segala keperluan untuk kami, ayah akan pergi beli sendiri.. segala ayah tentukan.. syukur

Tabah betul ayah aku..

Bila aku darjah 6, baru mampu beli kereta..alhamdullillah rezeki ada. Sejak pada tu dah tak susah lagi, nak ke mana saja boleh bergerak sekali.. ^__^

Bayangkan dulu gaji dalam 300-400 mungkin (angaran sebab aku tak pernah tanya) ayah aku mampu beli rumah, jaga makan pakai kitaorang dengan sempurna.

Sekarang, andai aku tak dapat beri apa yang mak dengan ayah aku hajatkan walupun dorang tak pernah mintak, aku rasa sangat terkilan.. aku call mak nangis2 sebab tak dapat buat, mak pujuk cakap tak apa mak tak mintak semua tu asalkan anak mak happy..

Ya Tuhan.. dua insan ni anugerah terindah yang aku dapat daripadaMu.

Aku mengaku memang aku anak yang manja daripada semua adik beradik, hingga dah dewasa sekarang pun kalau aku balik kampung aku suka tidur dengan mak aku, tidur berpelukan..langsung aku tak kisah ayah aku ada, hehehehehe. kalau tengok tv, mesti melentuk kepala aku atas peha mak aku..itu memang habit yang tak reti nak buang.

Adoi..macam dah bukak aib sendiri..

Mak ayah..achu sayang mak ayah dunia dan akhirat.. T___T

Wednesday 12 October 2011

Baik Betul Bahasa

Semalam singgah Tesco beli barangan office, niat hati malas nak beli dulu sebab mood yang sangat down dengan sakit pinggang semua complete tapi memandangkan aku juga nak guna nanti mengigih jugak lah singgah

*panjang benorr intro..huhuhu

Dah siap ambik barang nak bayar kat sorang cashier ni, rasanya budak lepas SPM kot. Aku beratur sorang makcik ni, bukan main rancank dorang berborak, aku bajet mesti dorang saling kenal.. ok. Sampai turn aku, aku pesan cashier tu separate bill, kira 2 kali bayar..dia pun ok2.

Then, dia ramah..berborak dengan aku macam lama kenal..tanya kerja mana selalu datang Tesco ke, baik betul tutur bicara dia..boy ok! Dan terus laju tangan dia scan semua barang dalam 1 bill.. aku dah perasan tapi tak terkeluar nak bagitau tapi bila dia sedar Ya Allah punya lah dia mintak maaf, huhu sampai aku cakap tak apa pun dia nak jugak panggil supervisor dia untuk void bill tu.. baiknyaaaa.. aku pun cakap tak apa nanti aku kira sendiri.

See..baikkan budak tu termasuk aku sekali..wkakakakaka

Kalau ikut mood aku mesti budak tu dah lama aku marah tapi disebabkan dia ramah, baik hati.. lembut hati aku..auuuwww!

Ini lah cashier, aku pernah partime cashier kat Jusco aku tau keadaan semua tu.. kena maki pekak kan je lah telinga, aku sampai 1 tahap customer siap complaint kat manager aku lagiii kahkahkahk

Aku paling pantang dulu customer datang nak tukar barang bagai, nak pulak tu beli barang 1 troli.. habis semua tu kena semak balik key in manual semua balik..tension gilaaa tak boleh scan!!

Dah tu asal masuk kerja muka aku Ya Allah macam sotong basi tau tak...? huduhhh ok... tambahan pulak kalau weekend, adoi rasa nak lumpuh kaki tangan. Benci tersangat nak masuk kerja ni.. tidur malam sampai mengingau tengah bagi balance duit untuk customer..wakakakakkaka.. itu Cik Senah, gila kelakar

Sekarang ni, aku jadi baik bila berdepan dengan cashier sebab aku tau dorang penat.. kalau nampak muka dorang ala2 cokodok tu paham je lah.

Manusia macam-macam ragam! tak payah guna slogan Customer Always Right sangat lah.. dah customer tu macam gonjeng siapa suruh..huhu

Panjang pulak entry ni..k, bai

Tuesday 11 October 2011

Tutti Fruitti At Nilai

Yeaaaayyy!



Tutti Fruitti sudah berada di Nilai yoooow! harus try niiii.. semalam jalan-jalan ke Tesco then masuk Giant lepas tu ternampak Signboard Tutti Fruitti woow!

New Opening 20% Discount!



Owh...tadi nak singgah tetiba terlupa terus pergi lain tempat.. uwaaaaaaaaa sampai rumah baru teringat..huk3

Sian aku jakun, sebelum nih duduk Seri Kembangan malas nak pergi carik kat Bandar Tun Hussain Onn tapi sekarang dah ada kat Nilai... harus pergi tapi tak tau bila.. wakakakakkaka!

Tetiba jatuh centa dengan Nilai, sekarang dah macam-macam ada.. sekarang dok aim Ice Room!! hari-hari nampak aduhhhh.. takde teman nak pergi..sian lagi sekali.. T__________T

hahahahhahahahahaha

k, bai...

Monday 10 October 2011

10/10/11

10/10/11

In Mind........

Saturday 8 October 2011

Bayi 23 Hari Diliwat Bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. 


Sumber : Harian Metro Online


*Mengucap panjang aku baca metro pagi nih, apa jenis bapa dan suami kau nih bodoh gila! sangap sangat sampai bayi 23 hari kau kerja kan..sah² takdak iman manusia nih, weh binatang pun tau sayang anak.. ba alip ba ** sungguh, geram!!


Sumpah kau nih jenis takdak pengetahuan agama langsung, isteri dalam pantang jadah nak boleh layan nasfu bodoh kau tu.. ingat perempuan nih apa...??


Aku bukan pandai sangat agama, tapi tak lah sejahil manusia nih..

Astagfirullahalazim.. Tuhan, kau tunjukkan lah jalan kebaikan kepada kami ini..

Amin..


p/s : Adoi, dah kasar bahasa aku pagi² nih...

Friday 7 October 2011

Kasihani Lah Kami Golongan Muda

Semua dah dengar Bajet 2012 daripada PM kita petang tadi..

Ada yang sedap didengar tak kurang jugak yang tak sedap didengar.. tapi bagi aku ada part yang buat aku rasa macam perlu dikaji lagi.. cewah! dah macam ahli parlimen, hikhikhik

Perlu ke dilanjutkan persaraan dari 58 - 60..? dulu 55 dah naik ke 58.. jangan tahun depan sampai 65! Bukan fikir negetif, tapi kalau lihat pada sudut lain, terlalu ramai siswa dan siswazah yang grad setiap tahun yang belum dapat kerja..

Dan sekarang makin bertambah lah penganggur tetap..

Bukan ke sepatutnya peluang tu boleh dibuka kepada golongan muda untuk menjalankan tanggungjawab pada negara..? Bukan nak kondem golongan veteran tapi tahap kecerdasan dalam membuat kerja tu jugak agak terbatas berbandingan golongan muda yang masih kuat.

Golongan veteran nih sepatutnya dah boleh rehatkan diri mereka selepas berpuluhan tahun berhempas pulas untuk bekerja, mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk mereka berehat dirumah, bermain dengan cucu-cucu jugak mungkin. Banyak lagi aktiviti yang boleh mereka buat.

Bukan kita jeles yer..

Walaupun aku bukan penjawat awam tapi tempias tu seakan terkena jugak kot sebab aku masih lagi mencuba nasib untuk masuk dalam golongan penjawat awam.. well, belum ada rezeki..hehhe

Terima kasih PM untuk segala subsidi yang diberikan..itu lah tanggungjawab kerajaan


p/s : Tak suka doh bila ada part berunsur politik baik pembangkang / kerajaan..apa daaaa..
p/ss : Ini pendapat aku je, lain orang dont know.. kita boleh bersuara..huhu

Kelebihan Surah Al Kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
    dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Coretan atas ni hasil Google, thanks :)

* Hasil blogwalking malam tadi, ada seorang blogger mention mengenai Surah Al Kausar nih. Dah lama terdetik dalam hati nak up n3..thanks Hanna ;)

Mak aku selalu ingatkan aku baca Surah Al Kausar, banyak kebaikan..selain itu dapat menenangkan hati supaya kita Redha dengan ketentuan Ilahi. Insya'allah.

Mak aku sms suruh cari ayat nih last year lagi, lepas tu siap bagi dalam rumi.. mak, tak daya lah nak baca dalam rumi lain bunyinyaaa..hehehe

Nanti aku up n3 Surah Nabi Yunus pulak supaya kita boleh memohon pertolongan ketika dalam kesusahan, ayat yang Malaikat turunkan kepada Nabi Yunus masa beliau dalam perut ikan.. ;)

p/s : Aku bukan pandai sangat, disebabkan mak aku selalu sms ayat apa² saja yang berguna untuk aku.. kalau ada yang salah tolong bagitau.. ;)

Thursday 6 October 2011

Nak Berbuka Apa Petang Ni

Alhamdullillah semalam dah masuk 2 hari aku puasa ganti di bulan Zulqaedah...hehehhe ada jugak rasa tergugat bau makanan opismate aku dok makan dalm air-con, aiyoooo...

Hari ni tak tau nak makan apa, kalau bulan ramadhan boleh jugak ada bazar..uwaaaa! mak tolonggggg..

Macam² dah teringin nih, rasa nak makan nasi ayam tapi malas nak buat.. kat area Seri Kembangan nih non-ado 1 pun nasi ayam yang sedap. emmm..kempunan.



Lagi 1 teringin Nasi Ayam Bakar Wong Solo...uwaaaaaaa... mana nak dapat nih, tak ada orang nak bawak p cheras nunnn, yang nih teringin sangat weh macam orang mengidam.. emmm..kempunan jugak..

Semalam berbuka ayam KFC yang malam sebelum tu, panas kan lagi...hahaha lepas tu Masak Lemak Cili Api Udang + Buncis. sedap tapi lupa snap, kebulur sangat..

Hari ni makan apa saja yang ada..

bai, sambung buat kerja..broadband pun cam siput sedut..

Dasar Landskap Negara

Weekend lepas sebelum hantaq mak dengan ayah aku ke Stesen Kajang, singgah Taman Tasik Cempaka, Bangi *alah..yg dulu masuk Mastika tu..tetiba teringat zaman study, En. Azam selaku warden yang selalu tazkirah pasal Taman Tasik Cempaka nih..

Akak aku ada event kat sana, Dasar Landskap Negara..

Ayah aku dengan akak aku memang punyai minat yang sama dengan pokok dan landskap, mak aku suka pokok jugak tapi pokok yang boleh mendatangkan makanan tapi bukan perhiasaan..hehehehehehe
*melalut dah nih..

Dan jugak lah aku snap pictures dengan menggunakan camera cap ayam.. nak guna camera akak aku dia sibuk dok ambil gambaq orang ambil hadiah pulak





Mak aku lah tuuu kat belakang..hikhik


Pasal apa aku snap pictures Orkid saja..?

Sebab mak aku suruh aku pantau ayah aku tu..dia memang suka dengan Orkid nih, mak aku risau kang dia beli dah lah mahaiiiii...

So, aku pun takdak picture lain lah selain Orkid...hahahahahahha

Tapi, mak aku bijak...dia beli anak pokok buah Delima RM8, disebabkan akak aku urusetia dapat lah RM6
Jauh wooo bawak balik kedah naik bas..

Aku pun tetiba tertarik dengan Orkid..owh! sangat cantik ciptaan Tuhan ;)

Wednesday 5 October 2011

Hari Pertama Puasa Zulqaedah

Alhamdullillah..

Lepas jugak puasa aku semalam, nak puasa Syawal terhegeh-hegeh lagi lambat pastu terlepas..huhu

Rezeki berbuka semalam, akak aku belikan KFC.. tahun nih first time aku makan, sebab tak berapa minat kalau dah ada orang belanja secara tiba-tiba minat tu mai..hahhahaha

Tapi tak makan masa berbuka pun, perut aku lebih suka nasik.. ni aku makan dalam pukul 10 lebih camtu.. seketoi ja habis..kenyang, simpan ice box esok panaskan..boleh..? hahahahhaha

Hari ni tak tau nak makan apa..maggie kot.. huahauahauahauau


p/s : Auto publish..tq ^____^

Entry Melekat (Temporary)

Segala link yang berada dekat side bar terdapat sedikit problem.. kadang kala click ada kadang kala tak ada..

Bloglist jugak tetiba gone.. nak buat yang baru entah kenapa tak boleh, still available tapi tengok pada side bar non-ado..

Jangan berkecil hati jika tiba-tiba blog kamu tiada disitu, nanti akan try pulihkan seperti sedia kala..


^_______________________________^

Tuesday 4 October 2011

Facebook Bingai

Facebook bingai!!!

Dah boleh log in sat lepas tu teruih hilang..
Macam bingai kan..? ada dak yang rasa orang lain sedang control account aku..?


Log in ID & password yang sama lain masa boleh ja, lepas tu dah log out nak masuk lagi dah tak valid ID
Tunggu beberapa ketika boleh pulak log in guna ID yang sama

Nak tukaq password takut kang lepas aku log out password baru tu tak boleh pulak..

Agak sakit jiwa disitu..


Dashboard blogspot pun jadi pelik, kat PC opis dah macam corrupted tapi bila kat lappy ok jaaaa..
nak kata broadband kat opis pun aku guna broadband, coz aku dah tak boleh access internet..

Nak update n3 kat rumah memang kena tunggu mood tak songsang, macam malam nih...


Segalanya..............