Saturday, 15 October 2011

Tahajjud Cinta - T.A.M.A.T

Hey.. dengar sini rakyat jelata.. aku dengan ini mengumumkan yang aku sangat tidak berpuas hati dengan ending drama Tahajjud Cinta..wahahahahahaa

See..letih aku tunggu sambil mengharapkan ending yang maha mabeles tapi...punah! Sejak minggu lepas lagi dah nampak drama ni nak klimaks tapi itu tak cukup lagi sampai lah semalam dimana Solah dengan Seri kena rejam!! .emmmm...

Puan Eirma Fatima buat drama ni dah cukup bagus dah, tapi sayang..beliau tak mau tunjuk balasan rejam yang sepatutnya kami penonton nak tengok..terus hati jahat aku kata "...ooo, Eman Manan kan husband dia..." kahkahkah gila sewel kan..

Banyak lagi part yang tergantung, apa jadi dengan Seri..? Bapak Seri yang bahalol tu camne..? Sharifah bangang tu..? Humairah yang tetiba naik hantu tu..? kalau aku pengarah, aku setelkan semua part tu dengan buat dorang semua mati sebab pondok Al-Taqwa dibakar oleh para penduduk, kan senang semua dalam 1 scene..boleh gitu..? ngeh³....

Satu jer yang bagi pengajaran dalam drama ni, kita jangan taksub terhadap seseorang / pemimpin yang kita nampak baik, beragama hinggakan hati kita buta untuk melihat kejahatan yang dilakukan mereka dan beranggapan ianya adalah kebenaran. Ingatlah, seseorang yang tinggi ilmunya semakin besar dugaan dan lagi kuat lah syaitan menghasut.

Sehebat mana lelaki itu, andai tersasar IMAN nya kamu tetap tewas kepada wanita.. ;)

2 comments:

  1. hahahaha~ nak bakar2 tu yg xtahan 2 ;p tp pape la kan ending die.. zzzz~ macam tgk cite hantu yang ending die org tu juz mimpi.. ntah pape! booo~

    ReplyDelete
  2. @Leeza
    tu laaa dh puan director x setelkn ending dgn kemas..hihihi

    sakit jiwe je follow every week tp ending camtu...huk³

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)