Thursday, 27 September 2012

Minum Sirap Tambah Darah

As Salam,
Entri peram.. -.-"

_____________________________________________________________________________________________________________

Kajian mak aku mengatakan minum air sirap boleh menambahkan kandungan darah merah.. kahkahkah

Ok, ini tak betul oii..

Mak aku suka bergurau² di saat aku terasa down fikir pasal hb aku yang tak reti naik ni. "Dik, hang minum air sirap ni, merah² menyala boleh tambah darah..hahahahaa" riang sungguh mereka² yang lain menyahut ketawa mak aku..cisssssss

Dah kerang, hati limpa organ dalaman aku tak boleh telan since childhood.. kui3. Pernah aku try hati ayam sebesar duit 5sen yang di goreng garing, akhir ke mangkuk tandas jugak bersemadi.

Sayuran hijau..? aku telan macam biasa.. vitamin..? musuh ketat...hahhaha

k, bai...

Monday, 24 September 2012

Simpati?

As Salam,


______________________________________________________________________________________________________________

Keadaan diri sendiri, sendiri je lah yang tau. Cerita pada orang pun dapat simpati je lah plus dapat mengurangkan kekusutan, kesedihan tapi tidak pada kesakitan.

Simpati saja tak cukup. Keadaan tetap tak berubah.

Bukan mengeluh...sekadar luahan ;)

Redha dengan keadaan sendiri.

p/s : Hati kecil.





Friday, 21 September 2012

Teman Pengganti

As Salam,

_____________________________________________________________________________________________________________

Teman Pengganti - Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini

Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta

Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini

Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias

Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir

Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan

Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



_____________________________________________________________________________________________________________

Dengar lagu ni 8hours non-stop kat opis selingan dengan surah Yusof & Mariam..

Menusuk kalbu, jarang aku suka dengar lagu yang Black nyanyi tapi lagu dengan Malique ni macam ada satu story yang dia nak cerita, ada yang cakap Malique ni tengah sakit. Kalau tengok pada lirik macam iye. Wallahualam...

Lirik pada perenggan kedua dari bawah tu sangat tersentuh.

p/s : Lain orang lain minat, tapi tetiba sekarang aku suka lagu yang lirik sebegini... ;)



Thursday, 20 September 2012

Bukan Sengaja Cuti..LOL

As Salam,


____________________________________________________________________________________________________________

Problem besar dengan boss aku nih!

Aku kan sejak sebulan ni asik cuti pastu MC.. bukan sengaja nak cuti tapi dah terpaksa cuti, dah mention pun dekat form cuti for what, eceh..!

Dah tu kalau dah dapat MC what the $%#@ lah kau nak masuk kerja kan..? MC pun bukan dari panel clinic tapi gov.clinic boss! Rugi....rugi.. Dulu kalau panel clinic doc. kasi MC pun kekadang aku tak nak itu sebelum kahwin la atas alasan kerja aku bertimbun.

Maybe salah aku lah jugak bila nak apply tu tak bagitau nak cuti kenapa, melainkan aku mention kena pergi somewhere. I have my own reasons.

Perangai boss aku ni amatlah peliks. Dia tak suka staff balik tepat² pukul 5, walaupun office hour hanya sampai 5. Dia suka staff balik lambat sikit, kiranya 5.30 camtu lebih bagus buat overtime. Sick! Kalau dah habis kerja for what kau nak tunggu kan..? lagipun kerja ni tak akan habis, trust me! Pernah dia sound all staff masa meeting, dia tak suka tepat pukul 5 staff berkejar² balik sampai terasa tapak kaki bergegar² dekat tangga.. hahaha! i know siapakah ituuuuu :p

Last week aku MC 3hari, 1st & 2nd day aku masuk opis muka boss aku SUBHANALLAH macam apa lah lagi! lepas tu selasa baru² ni pulak aku half day lagi, tu pun aku terpaksa tukar half day ke petang, kalau pagi kang dia terasa aku cuti panjang coz isnin tu replacement day kan. Terasa hati ini tau.. tapi apakan daya, beliau tak memahami.

Terasa nak resign, cari kerja baru..tu pun kalau ada orang nak. haha

Till then,


Friday, 14 September 2012

Selebet!

As Salam,

____________________________________________________________________________________________________________

Malas betul lah tengok blog, kalau dah tengok pun langsung tak log in..apa nak jadi!

Dah la sekarang selebet gila kot, memandangkan uniform company dah jadi ngam² seluar pulak dah tak boleh butang makanya baju kurung menjadi peneman. Itu pun baju kurung yang tak payah iron..kui³

Malas tahap kena pelempang.

Tudung pun best pakai instant & bawal ja. Krim muka, sunblock, moisturizer, bedak compact ka powder ka semua tersadai. Cuma deodorant & lotion ja peneman. hah!

Pencuci muka pun aku bedal sekali dengan shower cream wakakaka. Nasib baik ubat gigi ok, puihhh!

Sampaikan ayah aku tegur hari first datang sini, "adik, tak pakai bedak apa langsung ka..?" kahkah jawapan mudah aku "malas lah.." bayangkan tu ayah aku yang tanya kalau mak aku tak lah aku hairan sangat.

Parah oiii.


Rasanya cartoon kat atas ni lebih glem daripada aku..

Saturday, 8 September 2012

Makanan Sunnah VS Makanan Barat

As Salam,

_____________________________________________________________________________________________________________


1.KOPI
 
Sains mengajar kita bahawa kopi tidak baik untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah adalah antara minumanan kegemaran Rasullullah S.A.W selain susu dan madu.Cuba lihat orang Yahudi,mereka minum kopi,Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada secawan kopi di tanggan mereka.

2.HATI & ORGAN DALAMAN
 
Kita diajar bahawa untuk tambah darah (HgB) kita kena makan hati haiwan seperti ayam atau lembu,tetapi sebenarnya Nabi kita tidak mengalakkan pemakanan organ dalaman.Jadi nak ikut siapa?
Sebenarnya makan hati ayam boleh melembabkan otak kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpul dan di neutralkan,jadi kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati ayam.Makanlah kita toksin tersebut serta lembablah otak kita umat islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini..

3.DAGING KAMBING
 
Kita sering mendengar bahawa dagimg kambing mengandungi kolesterol yang tinggi,namun tahukah kita kambing juga adalah makanan Nabi kita.Seolah-olah buku sains nak merendahkan pemakanan Nabi kita.Sebenarnya dagung kambing adalah daging yang paling kurang kolesterol.

4.AIR SOYA
 
Orang barat sering mengwar-warkan kebaikkan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar kacang soya terbesar didunia),namun sebenarnya soya dapat mengurangkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.Selain itu soya boleh meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana soya mengandungi hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada orang perempuan.
Soya juga mengandungi phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan terjejas.Tahukah anda minuman kegemaran Rasullullah S.A.W adalah susu kambing.


Sumber :  PersatuanIbuIbuMudaMuslim
_____________________________________________________________________________________________________________

Yahudi memang kerjanya memanipulasikan otak orang Islam.

Kopi tu salah satunya, dulu bertentangan jugak aku bab kopi ni tp hubs selalu cakap kalau betul kopi tu tak bagus kenapa Yahudi adakan Starbuck & etc bagai...?? Pernah tak dengar francais daripada Yahudi yang berunsurkan soya..? aku memang tak pernah dengar.

Soya last aku minum bulan puasa kot, sekali tu je la. Kopi pun first day masuk opis minum sekali lepas tu dah tak minum kekonon kafein..kahkah mesti Yahudi ketawa terbahak².

Pilihan ditangan kita :)

p/s : Sebenarnya kopi betul² menenangkan, dari segi bau dan rasa...hiks


Friday, 7 September 2012

Rindu Spaghetti

As Salam,
Hai, schedule post..tuan tanah bercuti..hihi

_______________________________________________________________________________________________________________

Haaaaaaaaa..! rindunya nak makan spaghetti bolognese ni!

Sejak kahwin dah 4 bulan tak makan, memang teringin dah lama kot tapi segan nak buat takut tak laku.. hikhik

Dulu masa single, sebulan sekali WAJIB buat ni, its ok tekak aku dengan akak aku memang sama. Boleh lah sekali buat makan 2 hari.. haha



Last week ada sms akak aku cakap nak makan spaghetti, ingatkan dia dengar tak dengar ja rupanya dia dengar..

Ikutkan nak tidur Nilai semalam, tapi tak jadi.. rupanya dia dah nak siap beli barang nak buat spaghetti.. oh! indah.. tapi postpone lagik.. nak makan kat Pizza Hut aku tak suka, bolognese dia tak kena dengan aku.. tak cukup melayu tak ada cili api..kui³

Oh! Nikmat..

Till then,






Wednesday, 5 September 2012

Cerita Semalam - Banjir

As Salam,

____________________________________________________________________________________________________________

Semalam selangor & KL hujan dengan lebatnya, haha ada tak macam penyampai kaji cuaca..? =P

Terconggok dalam opis dengan opismate yang lain sampai pukul 6.30pm. Terpaksa redah dengan payung hasil pinjaman pak guard, kui².

Hujan..Subhanallah!

Lepas hantarkan budak² opis yang tak ada transport ni, aku bergegas gerak pusing ikut The Mines sebab dengar radio katanya Minlon sesak teruk. Sekali kauuuuuu! aku terpaksa redah banjir yang dah setinggi tayar kereta comelku ituuuuu, tawakal lah tekan minyak sekuat hati takut enjin stop sebab dah 3-4 biji kereta yang lowet (kahkah sorry tak tau spelling) dah stuck. Sepanjang hampir 1 kilometer aku redah air banjir tu, cekal sungguh kereta aku tu..kui².

Ingat azab dah lepas, sekali lagi jammed dekat The Mines nak ambil short-cut kekonon ikut Herritage dah lah setengah jam stuck jammed untuk g KTM Serdang yang tak sampai 500meter tu, sekali dah sampai simpang..subhanallah! air naik paras lutut, kira apa aku terus aku potong masuk lane bertentangan belok kanan pusing balik konon ingat lepas lah sekali jalan tu pun air naik! Ya Rabbi.. lagi hampir setengah kilometer aku redah, lebih cekal kereta aku kali ni..

Redah punya redah akhirnya parking dekat tempat yang tinggi, 3-4 kali jugak berubah parking sebab air makin air. Highway depan The Mines dah langsung tak bergerak, kebanyakkan kereta semua dah matikan enjin kereta, penumpang bas semua turun jalan kaki, Tapi malang jugak KTM tergendala ribuan penumpang terkandas.

Aku jugak melonggok kat tepi highway tu sampai pukul 9 tunggu hubs datang, nasib baik buat keputusan balik Cheras, kalau tidak nak short-cut ikut Sri Serdang keluar UPM rupanya situ air naik lagi dasyat 1.5meter sampai bomba datang bawak boat.

On the way balik, kesian tengok jammed teruk dari UPM sampai ke MRR2 tak bergerak. Tol UPM dah tutup sampai Tol Kajang air naik tinggi.

Sebenarnya sambil redah banjir 2-3 tempat tu sambil menangis, wakakaka mengenangkan nasib maklumlah first time... sigh!

Sampai rumah hampir pukul 10, siap g makan semua. Rehat jap mandi terus tidur. Letih mak nak..haha

Nasib baik harini air dah surut, tawakal jugak pagi tadi takut air bertakung lagi camna hubs nak g opis dia..

Alhamdulillah,

p/s : Terasa rajin sekarang ni update, buat kerja opis je tak rajin..rasa nak pitam tengok! haha =)

Tuesday, 4 September 2012

Sentap

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________

Penyakit sentap aku semakin kronik sejak² ni.

Kadang² orang sekeliling walaupun yang rapat dengan kita langsung tak tau apa yang kita rasa, bukan semua perkara kita berkongsi. Big NO

Walupun sikit, sipi² kedengaran tetap tersentuh hati aku. Sendiri dengar, sendiri simpan, sendiri kecil hati, sendiri sentap ya laaaa untuk tidak memperbesarkan lagi story.

Tapi tak lama, dalam 2-3 jam aku dah boleh lupakan dah... cool kan..? haha

Tapi....... andai tetiba aku teringat peristiwa tu, aku sentap lah semula sorang². Ini sangat tak cool! *sebab tu lah terjadinya entri ni.





Monday, 3 September 2012

Hand Bouquet + Mix

As Salam,
Haii, Selamat Hari Raya semua Maaf Zahir & Batin andai tulisan terkasar bahasa menyingung hati sesiapa. Pecah rekod ni tak update lama nak mampus..aduhai malas!

_______________________________________________________________________________________________________________

Nak cerita hand bouquet ni, buat untuk sepupu hubs yang bertunang last week..hikhik rajin tak rajin..? buat time hujung² ramadhan dan awal syawal..last minute sebab malas :P


Ini je full picture yang ada, tu pun gegar entah kenapa entah camera buat hal..banyak gambar rosak


 Zoom in..

Empunya badan nak tema pink purple, gaya dan rentak suka hati katanya..makanya aku pun buat dengan suka hati jugak..huhu. Tak lama pun buat ni, gunting kain kat opis time lunch hour, balik rumah jahit sikit sambung lepas raya finishing settle dalam sehari je kot tapi hazab.. hahaha

Jadilah walaupun aku tengok bagaikan tak cukup sifat hb ni..kui² second time buat ni, first time haritu untuk majlis nikah sendiri..hiks.

Syukur, semua cakap cantik dan suka. Sebenarnya ada satu tempahan (kekonon, haha) nak next week, memandang kesihatan turun naik takut nak ambil kang menyusahkan orang..tunggu betul² sihat lah kan ;) ok dak myra..? muahahhahahaa



 Sedang berangan pakai veil orang, hahaha

Ingat tak baju ni..? baju nikah u'olls nasib baik muat lagi. Recycle dari raya pertama then sepupu hubs bertunang...kihkih tapi tukar tak pakai maxi dress kuning tu, pakai skirt yang bertunang last year. Mampukan aku pakai lagi..haha. Pakai baju tu selagi muat! sayang ooooh..


Last but not least ;)

Thanks for reading, walaupun pictures gegar bagai gunung berapi nak meletop..

bai..