Sunday, 28 August 2011

Selamat Hari Raya

sumber : google

Baju Batik Baju Kebaya,
Selamat Hari Raya.

Masak Lemak Ikan Patin,
Maaf Zahir Dan Batin.

Pergi Beraya Bersama Mak Jemah,
Jemput Datang Ke Rumah.


* Tahun ni masih lagi raya secara tradisi, beraya di darat sebelah ayah..dah lama tak menyambut Aidilfitri kat Langkawi, selalu Aidiladha je..huk³.

p/s : Selamat Hari Raya Darl....Maaf Zahir Dan Batin...uewwwww ^^,

Friday, 26 August 2011

Jadual Perjalanan PLUS - Utara Selatan

click besarkan, kalau tak boleh click pada link...huahuaauah :P
 
Jadualkan perjalanan anda, patuhi had laju..ok ^^, 

Selamat Memandu dan Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi.

Gurun! i'm coming..weeeeeeeeee ^____________*


Teriakan Kalbu - Fida



Tak sangka aku ni suara Fida, nyaring gilosss.. first time dengar lagu ni masa drama Kisah Alia @ TV3 ingatkan lagu zaman Zaiton Sameon dulu, rupanya tak..hihi syahdu lagu ni..rasa soft, aik tetiba @_@

Lirik Lagu : Teriakan Kalbu - Fida

Walaupun badai beralun
Disini aku setia
Merisik jauh khabarku padamu
Perlukah kuderita
Apakah kupercaya
...Dan bilaku menanti
Dan kau tiada

Tiada lagi kan ku terdaya
Tak mungkin nadi berdenyut cinta
Kau pergi tanpa aku merela
Dan hadir saat duka

Menanti bayang muncul tiada
Setelah kau janjikan ku bahagia
Kau hilang tanpa menduga
Jiwa terhenti nokhtah

Teriakan kalbu merindukan jiwa
Ngapa akhir aku terpendamnya cinta
Kan kau tinggalkan hanya tinta
Mencoret nada hampa..

Ada suatu perasan yang datang menusuk kalbu masa dengar lagu nih, cer try hayati....huhu 

p/s : Masih lagi mencari lagu nih dalam full version, dalam Youtube semua pun copy daripada Drama Kasih Alia... 

Thursday, 25 August 2011

Puding Karamel

Puding Karamel a.k.a Puding Telur

sumber gambar : google

Hari tu Lady Jaja ada tanya resepi Puding Karamel nih, aku pernah buat 2-3 kali tahun² lepas tahun nih je belum buat, hehehe..malas takda geng, selalu buat dengan Cik Senah.

Untuk yang tinggal bujang macam aku, aku guna rice cooker jadikan pengukus.. huk³.. sedayyyy..???

Resepi Puding Karamel dari MyResepi. Then paling latest aku buat 2 tahun lepas kot (wahahaha, sakit jiwa dengar tahun lepas punya latest) aku guna resepi dari blog Secubitgaramnor67 konon aku nak buat berlapis macam gambar kat atas tu, tapi tak confident terus jadi puding karamel tak berlapis. Kalau aku dapat buat macam tu ibarat aku nak jadi chef tersohor..wakakakak, tabik dengan pakar² surirumah yang paling memasak & mendeko makanan tu :)

To Lady Jaja, click pada link yer sayang intan payung..sebab suria pun guna resepi daripada link semua tu ^^,


Links Credit To :
http://www.secubitgaramnor67.com
http://www.myresipi.com



Wednesday, 24 August 2011

Kamus Utara # 5

Hari ni Kamus Utara Edisi ke - 5, wah....aku pun tak terfikir dah apa lagi perkatan yang nak letak dalam nih, otak penuh dengan kerja² opis...huk³

meh aku letak jugak sikit..

1) Jeghekah / Tengking
- Contoh Ayat : "..ish, budak nih bising main mercun aku jeghekah sekali baru tau..."

2) Tomoih - Tersembam
- Contoh Ayat : "..mummy, adik jatuh tertomoih kat tangga depan, benjol dahi.."

3) Melangut - Termenung
- Contoh Ayat : "..yang hang ni dok melangut daripada tadi pasal apa ni..?.."

4) Marka - Teman Lelaki / Teman Wanita
- Contoh Ayat : "..Abot kata, Ana ada marka baru betul ka..?kikiki

5) Sua - Hulur / Bagi
- Contoh Ayat : "..sua mai pisau tu sat.."

Tu saja untuk minggu nih, minggu depan cek tak confirm lagi ada ke tak segment mengajar ni yo laaahh rayoo..hikhik tengok pada kerajinan ber-on9 ^^,

Kamus Utara # 1
Kamus Utara # 2
Kamus Utara # 3
Kamus Utara # 4


p/s : Membiarkan blog bersawang seketika, banyak urusan kerja perlu dilunaskan sebelum bercuti seminggu..happy blogwalking cinta hati manis hensem kacak.. (:


Monday, 22 August 2011

Wayang : Tolong Awek Aku Pontianak (Full Movie)


Wayang harini promote filem Tolong Awek Aku Pontianak tengok online di Semakness Tube.

Aku baru layan filem ni last week, kannn...betapa aku ketinggalan..hikhik nasib baik free weh.. Filem gonjeng nih, bengong kelakar..ni filem seram pertama aku tengok tanpa tutup mata..hahah even Hantu Kak Limah pun aku tutup mata jugak, yer lah Kak Limah seram bebenor muka eh..

Untuk peminat Sazzy Falak dan Zahiril Adzim, anda patut menonton alah bukan bayar pun just click pada link yang aku bagi tu ja, jangan MALAS...hahahahahaha.

Sinopsis semua terdapat di Semakness Tube yer adik abang, kacak hensem tampan ^__________*

p/s : Filem yang pernah aku masuk dalam blog nih ada dekat side bar, harap maklum tak semua filem masih ada yer pada link tu sebab dah kena banned..hahaha siapa yang lambat NASIB lah labuuu...

Sunday, 21 August 2011

Mari Masak : Daging Goreng Black Paper

Tak ingat menu berbuka hari apa, last week..sebab dah lama sangat dalam folder..hihihi

 Daging Goreng Black Paper

Senang ja nih, masak sambil pejam mata..hahahaha (*berlagak²!!) ni resepi mak aku lerr... ^^,
  1. Daging Batang Pinang
  2. Kicap Manis
  3. Sos Tiram
  4. Bawang Merah & Putih
  5. Bawang Besar
  6. Lada Merah
  7. Black Paper
  8. Garam & Kiub Pati Ayam (separuh)
  9. Daun Bawang
(Semua bahan² tu aku agak² saja..huhu)

*Goreng daging sampai kering air,angkat tos kan.Tumis bawang merah & putih, masuk semua bahan diatas kecuali bawang besar & daun bawang goreng hingga agak kering, masukkan daging perasakan garam (garam jangan lebih, kiub pati ayam dah agak masin) campak daun bawang, bawang besar..siap!!

Sup Sayur Petola & Cendawan

Ni mak aku yang masak, tapi sama ja macam buat sup sayur cuma mak aku tukar sayur petola dan tambah cendawan tiram.

Saturday, 20 August 2011

DoodleLiciouss : Mahu Dudel FREE?

First time join ni sejak blog baru, kalau blog yang lama dulu selalu join GA / Contest bagai..huhu ^^,
Cik Cempaka a.k.a Doodleliciouss nak bagi doodle free ni, wah i like kalau benda free..hihihi

Thanks Lady Jaja tag Suria...hehehe

Jom ler join..weeeeeeeeee ^_____________*

Cik Cempaka sayang comel intan payung, saya pun nak jugak doodle tu, harap  
Cik Cempaka sayang sudi buat untuk saya..hikhik ^___^

*ni dah habis power dah ayat bodek nih..tak reti lagi dah...weeee.......


Saya nak doodle yang bertemakan baju raya ni sebab saya belum ada baju raya,  jika  
Cik Cempaka sudi boleh lah saya buat inspirasi untuk beli baju raya nanti, and the most important saya tak reti create doodle sebenarnya....hikhik ^^,

Disebabkan saya baru dapat join hari ni, saya try jugak tag kepada si cantik yang berkenaan.

 

Syarat :
  1. Buat entry - DONE
  2. Tepek Banner - DONE
  3. Bodek CC lebih² - DONE
  4. Bagitau Naper Nak Dudel - DONE
  5. Tag lah Kalau Rajin - DONE (*tak pasti sempat ke tak dorang buat ni)
  6. Tarikh Tamat 20/08/11 - DONE

Friday, 19 August 2011

Saya Nak Bercuti

Serabut...serabut...serabut..

Next week cuti beraya, tapi kena setel semua kerja, claim, statement dulu.. memang gila lalalalaaaa ingat semua boleh setel dalam 2 weeks..? robot pun tau nak charge bateri..huk².. penat!

Tetiba semua nak submit kekonon nak cepat dapat payment before Chinese New Year next year.. gila lalalalalalaaa lagi, jauh beribu batu nak Chinese New Year haih!

Ada asst. pun macam pffffftt...menyakitkan hati jiwa raga.

Buat pengetahuan ANDA, saya juga adalah PA tak bertauliah untuk boss dan juga ahli kerabat keluarga beliau, saya juga merangkap travel agent boss. Sebab tu kerja² saya tergendala akibat iklan² tak berbayar daripada ahli kerabat beliau..walaupun position saya bukan sebegitu, sebagai kuli saya menurut perintah... grrrrrrrrrrrr -______________________________________-"

Wednesday, 17 August 2011

Kamus Utara # 4

Hari ni nak mengajar loghat utara versi ke - 4, hihihi sat ja nooh, tetiba dok jadi cikgu cikgi yang tak bertauliah...
Kamus Utara # 3 minggu lepas ramai yang tak tau apa tu Kelepiaq, muakakakakaa.. pandai² lah eh, aku pun tak terang sebiji² aku pun tak berapa nak reti..kihkih.

Ok..

1) Darai - Pondan
- Contoh Ayat : "..weh Mat Zain, lama tak nampak hang..dah macam darai dah la ni.."

2) Jengoi - Jenguk
- Contoh Ayat : "..hang ni, tetiba ja jengoi kot nih..terkejut aku.."

3) Hawin - Baling / Lempar
- Contoh Ayat : ".ish budak nih nak kena hawin dengan botoi dah ni baru dia tau erti penyesalan.."

4) Ghosek - Selongkar
- Contoh Ayat : "...Aiman, jangan dok p ghosek barang ibu tu satg dia mengamuk jadi drakula kot.."

5) Be'at - Tabiat / Habit
- Contoh Ayat : "..be'at dah budak nih, kalau lepas makan ja tak reti nak basuh pinggan.."

6) Ikan Temenung - Ikan Kembung
- Contoh Ayat : "..adik, balik satg beli ikan temenung sekilo nak buat laksa.." huhu

7) Gheyuh - Bising
- Contoh Ayat : "..jangan dok gheyuh sangat lah, baby nak tidoq nih.."

8) Jengheluih - Jatuh
- Contoh Ayat : "..tu lah tadi orang larang dah jangan dok p main tepi longkang tu kan dah jegheluih.."

9) Ligan - Kejar
- Contoh Ayat : "..penat aku lari, Milah anak Pak Ali yang gila tu ligan aku laju bukan main..."

10) Mengeghoh - Berdengkur
- Contoh Ayat : "..sapa dia tidoq mengeghoh kuat semalam nih..? ganggu mimpi aku ja.."

Siap!

Penat weh nak jadikan ayat bukan senang..kihkih hari ni buat 10 perkataan sebab terlebih rajin, buat 5 ada yang cakap sikit...huhu.

Kamus Utara # 1
Kamus Utara # 2
Kamus Utara # 3


p/s : Sebenarnya sambil aku taip ni, meleleh air mata ni dok tahan gelak..sebab ayat² kat atas tu ada yang menceritakan hal ehwal kawan² aku..wakakakakaa..



Tuesday, 16 August 2011

Broadband Bengong

Aku campak jugak broadband ni kang...ngok ngek betul.. internet lembab macam apa lagi ni.. baru nak start blogwalking tapi kemain hampeh lagi..!! Ni pun kalau ter-publish ni kira bertuah lah haih.. :/


Ok, bai..tidur..kihkihkih :P

Mari Masak : Udang Cili Api & Kangkung Goreng Belacan

hahaaaaa..mai lagi entry sebegini, apa boleh buat tekak cerewat dengan makanan kat bazar, kena lah masak sendiri even tak sedap pun habis licin..rezeki..huhuhu

Menu Ramadhan ke-12 (:

Udang Cili Api 
(udang dalam posisi lompat berpagar)

Resepi campak-campak asalkan pedas..hikhik

Kangkung Goreng Belacan

Bawang putih, bawang merah, cili api, belacan..tumbuk kasar.. campak masuk kuali pastu perasakan dengan garam, masuk kangkung..siap! (:

____________________________________________________________________

Lepas ni sampai raya mak yang masak, sebab mak datang sini..dah ada menu dalam kepala otak nak mintak mak masak..hahahha keji betul lah..

** Amaran keras..ini bukan blog masakan (kang ada yang masuk nak cari resepi) ini blog orang yang suka makan,huhu

p/s   : Rasa senang hati bila masak cikai camtu pun orang boleh makan..kepuasan!!
p/ss : Aku lebih malas mengemas daripada memasak..huhu
(ni satg jatuh harga hantaran aku kang)




Monday, 15 August 2011

Wayang : Senario Ops Pocot (Full Movie)






Dah hari isnin eh..? cepat betul..wah! morning.. (:

Nak ketawa terbahak-bahak tak..?haha..jom tengok aku nak review filem apa minggu ni..

Ni nak promote link filem Senario yang terbaru Senario Ops Pocot. Baru jumaat hari tu Semakness Tube upload.

Banyak lagi filem terbaru dah pun Semakness Tube upload..sila click pada link yer sayang jelita hensem manis.. (:

p/s : Untuk lain2 filem yang pernah aku promote sini, sila toleh ke sidebar.. sharing is daring..kahkahkah
p/ss : Kepada yang terlambat tengok, kemungkinan filem tu dah kena banned.. al maklum lah barang free.. (:


Sunday, 14 August 2011

Mari Masak : Paprik Ayam & Cendawan Goreng Tepung

Ini bukan blog masakan, ini sekadar suka suki..huhu aku tebiang jugak masuk entry sebab ada orang tu nak menengok..kahkahkah * malu oowh tak pandai masak tapi gigih jugak nak tunjuk sini  (:

Ni menu Ramadhan ke-11 ^^,

Paprik Ayam

Takdak resepi...aku balun ja asalkan rasa dia seakan-akan, bahan pun seakan-seakan jugak.. tak pun tunggu aku rajin sikit nanti aku godek kat mana-mana blog aku tepek sini.

Cendawan Goreng Tepung
walaupun rupamu tak lawa takpa..tapi kamu ranggup & sedap :D
  1. Cendawan tiram - 1 paket
  2. Tepung gandum - 3 sb
  3. Tepung beras - 1 sb
  4. Serbuk kunyit - secubit
  5. Garam - secukup rasa
  6. Lada sulah (org kedah panggil lada putih) - 1 st
  7. Serbuk Penaik - 1/2 st
  8. Air - secukupnya
  9. Telur - 1 biji
* Gaul semua bahan kecuali telur, biar 10 min untuk serbuk penaik sebati dengan tepung. Pukul telur, celup cendawan dalam telur pastu celup adunan tepung tadi then goreng hingga hangittt...haha

_____________________________________________________________________

Mudah, cepat, ringkas...yang penting sedap. Ni resepi cikai cap Suria kahkahkahkah
Pandai-pandai lah nooh nak ajar lebih aku pun tak reti..kihkih

ok, bai... :P



Saturday, 13 August 2011

Hey! Penceroboh..

sumber : google

Hey! penceroboh..ni manusia yang memang langsung tak pernah terpaut / terbekenan di hati aku..

Sesuka hati ongah kau yo lah nak buka pintu bilik orang walaupun kau dah pun diberitahu bahawa ada makhluk bengis dalam bilik tu..? aneh manusia ni.....

Pelik sorang minah ni, aku tak kenal dia & dia pun tak kenal aku (aku pun menumpang) biasa, toilet berkongsi bilik sebelah menyebelah. Apa motif masuk toilet dari bilik sebelah dan buka pintu toilet sebelah aku..? orang dah bagitahu kan ada orang..? gedik nak buka tu buat apa..? lock saja tak boleh ke..? nasib baik time tu tak ada aksi mencurigakan. Kalau ada kau memang sahur laser daripada aku pagi semalam, kenyang dengan tu ja laaa..

Nak kata door lock tu kena pusing dulu baru boleh lock tak jugak..? untuk lock just TEKAN button tengah tu SAHAJA ok..? bukan buat pusingan U kat tombol tu & buka untuk melihat apa makhluk bengis sedang buat..

Perbuatan jenis apa ni..? aku tak boleh nak kategori sebagai TAK SENGAJA, sebab kau dah pun diberitahu, ada faham..?

Tak faham dengan manusia yang tak reti respect privacy orang lain.. :/


p/s : Terbantut sahur aku harini..sakit jiwa rasa nak turun makan..


Thursday, 11 August 2011

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.



p/s : Persediaan, kikikiki :D 

Wednesday, 10 August 2011

Kamus Utara # 3

Wordless Wednessday kah hari ni..? aku mana boleh Wordless..hari ni kan hari mengajar loghat utara..hehe sedemikian dah 2 minggu aku jadi tenaga pengajar yang tak bertauliah, hari ni masih lagi bersambung ok..

1) Chemuih - Bosan
- Contoh Ayat : "awat chemuih sangat tak tau buat kerja hari ni.."

2) Soq - Sahur
- Contoh Ayat : "mak..esok nak makan soq lauk apa..?"

3) Kelepiaq - Kibas
- Contoh Ayat : "kelepiaq kuat sikit kain tu bagi keluaq habuk.."

4) Cengei - Garang
- Contoh Ayat : "tudia aih..cengei sungguh Suhana tu nooh.."

5) Cheluih - Muat
- Contoh Ayat : "tepi sikit aku nak duduk sini, kecik sangat tak cheluih.."

Kamus Utara # 1
Kamus Utara # 2


p/s : Contoh ayat aku kena guna perkataan utara, kalau tidak ayat aku tak jadi.. :D

Tuesday, 9 August 2011

Mari Makan : Wong Solo - Ayam Bakar

Sabtu lepas berbuka di Wong Solo branch Bandar Seri Permaisuri, Cheras. First time makan kat sini, sedappppp sangat.

Set Ayam Bakar, ada tempe goreng, tauhu goreng, terung goreng berlada, timun dan salad.. RM 10.90

Gambar tak jelas..sebab aku tak reti..ayam pun malu nak posing. Sedap, sampai tulang aku rekah..hehe 
Set Empal Sapi, ada tempe goreng, tauhu goreng, terung goreng berlada, timun dan salad.. RM 10.90 

Dalam bahasa malaysia aku rasa Daging Bakar Berempah kot, sedap..manis rasa daging tu berempah..kira superb lah..

Jus Semangka (Tembikai) RM 5.50

Jus Gembira..heheh rasa eh sirap bandung soda..sedap ! RM 5.50

Ada satu jus tu nama Jus Poligami, wakakakak seram aku nak oder.. :D

Pencuci mulut buah betik. FOC

Kurma pun disediakan..tapi lupa nak snap..malu kot orang memandang aku dok snap..kikiki :P

Aku duduk meja macam ni, sebijik..bersila ok..heheh gambar ni aku ambil kat Blog ni, mekasih. Aku lupa nak snap..kuikuikui

Muka kena tutup sebab sangat comot..muka letih tak terhingga + kebulur..kahkahkah

Puas hati makan kat sini, sambal memang kaw sedap..service bagus..cun yer mmbak..gatai nooh :D

Website : Wong Solo

p/s : Nanti nak try ayam penyet pulak :)

Monday, 8 August 2011

Wayang : Gemerlapan 1997 (Full Movie)

sumber : google (ni ja paling large aku dapat..huhu)

Filem ni dah sedekat tapi masih lagi melekat dalam otak aku, time ni aku umur..emmm...? rahsia..hahahhaah
Tadi menggodek kat Semakness Tube terjumpa lah filem Gemerlapan ni, pucuk di cita ulam mendatang (betul ke ni..?) hahahahah..terus masuk list.

Best tengok balik filem lama, dulu ayah aku beli video tape aku pulun tengok sampai lunyai tali tape putus.. huhu sekarang dah moden tengok on9..jom masuk Semakness Tube.. :D

Paut pada link untuk membaca sinopsis yer.. :)


p/s : Cepat-cepat sebelum kena banned..huhu

Sunday, 7 August 2011

iKLan Gangster - Lawak Gila



Dah tengok belum iKlan Gangster nih..? dah kecoh sangat dah nih.. sumpah lawak gila, kalau ada yang
cakap tak lawak tu make sure p check mungkin ada saluran yang tersumbat... kahkahkahkah :P

Berkali-kali aku tengok pun gelak guling-guling jugak..wahahahahahah


p/s : Budak muda malaysia sekarang semakin kreatif.. :D

Saturday, 6 August 2011

Mari Memasak : Sotong Tom Yam & Ikan Bilis Cili Padi

Semalam berbuka secara bersendirian..terus ingat mak kat kampung..sob..sob..sob

 Sotong Goreng Tom Yam

Resepi aku amik kat MyResepi. sedap weh, cewah puji diri sendiri..bukan lah tapi resepi best, simple dan sedap, aku buat sambil pejam mata ja...hahaha menipu benor :P

Ikan Bilis Cili Padi

Resepi ni aku ambik dari dapur Hanamemories, aku memang selalu stalker blog ni kalau mencari resepi.. huhu. Ini memang favorite aku.. pedas ya amat tapi terangkat, makan dengan bubur nasi pun sedap :D

Malu sebenarnya nak masuk entry apa aku masak ni, wakakakakaka.. bujang lah katakan.. sedap tak sedap ku bedal jugak sampai licin..

PRACTICE MAKE PERFECT..

ecewahhh..huhu :P

p/s : Resepi click pada link

Friday, 5 August 2011

Review : Door Gift # 2

Review door gift part 2 masa e-day hari tu, ni siaran tertunda untuk Cik Ieta yang nak tau door gift apa yang aku DIY hari tu. Sebelum ni  Review : Door Gift untuk box saja dulu,..hehe

Aku hanya letak benda yang boleh dimakan saja, kotak dengan reben ja tak boleh makan.

Puding Mangga

Aku beli pack besar, dalam ada 24pcs RM 3.99. ni paling murah pernah aku tengok kalau tak normal price RM5.++  dan RM6.20 paling mahal pernah aku jumpa. Ini aku beli kat pasaraya NSK Batu 11, Balakong.

Gula-Gula Mentos & Chewy Apple (hijau)

Chewy apple ni pun aku beli kat Pasaraya NSK, 350pcs free 50pcs RM 9.90. Mentos tu beli kat Pasaraya Segi 300pcs free 30pcs RM 13.50. Then, aku beli plastic kecik² tu 1 pack 300pcs kot RM 3.30 untuk bungkus gula² ni, stapler ambil kat office..hahah lagi mau tanya :D

Muffin Marble & Coklat

Muffin ni, bukan aku beli akak ipar aku sponser. Ada 2 jenis marble & coklat, rasanya dalam 40sen sebijik siap pack dalam plastik. Senang kerja aku..hihi

White Box & Reben (gold)

White box tu aku beli kat BAGUS (Kajang) 0.15sen /pc. Aku dapat info beli kat kedai ni dari b2b yang mana entah tak ingat, secara kebetulan aku search google..thanks a lot. tapi dia beli kat branch Taman Melawati 1000pcs dapat 0.12sen /pc, untung woo..rezeki dia ;)
Reben tu beli kat Mydin ja, 3 gulung RM4.++ kot.

Ni isi dalam box tu yang boleh muat, ada lagi yang boleh masuk.. sumbat lah Tora ka Dendang ka..huk³
size box : 4 x 4 x 5

Try calculate semula berapa yang aku belanjakan untuk 1 box lengkap..hahaha, masih lagi dalam kawalan budget aku, sebab aku pernah survey siap paling murah RM1.50/box isi dalam gula² 4pcs & kerepek dalam peket kecik. Tapi ikut pada kemampuan, bagi aku asalkan ikhlas ;)


p/s : Selesai jugak hutang tertangguh untuk Cik Ieta ngok ngek yang half day hari ni..haha


Wednesday, 3 August 2011

Kamus Utara # 2

Kita sambung dari Kamus Utara # 1, ish ramai sungguh yang tak tau apa itu 'Menyorok' & 'Tebiang'. Betul ka hampa ni orang utara..? kot aku lebih pekat @ senang cakap ulu... Gurun ulu kah..? kahkahkah
Ok...

1) Telok belanga - Baju Melayu
- Contoh ayat : " ayah..ni nak pakai baju telok belanga warna apa..?"

2) Lohoq / Lehoq - Zohor
- Contoh ayat : " hang ni sembahyang lohoq dak g nih..? "

3) Toyu - Kicap
- Contoh ayat : "mak, harini buat ayam masak toyu nah.."
(yang ni aku dah tak guna pun,tapi abg aku guna lagi..ish..hehe)

4) Segheyau - Ngilu / Bimbang
- Contoh ayat : " ish segheyau gigi la bunyi besi tu.." / " segheyau sangat laa, jatuh bawah satg.."

5) Meghela - Gatal (Lebih sinonim dengan terhegeh-hegeh)
- Contoh ayat : "ish laaa..anak Pak Daud tu meghela sungguh..."


p/s : Ieta.. aku tak sengaja..ayat tu yang paling superb best..wakakakkak!! :P
    

Monday, 1 August 2011

Wayang : Sekali Lagi (Full Movie)





Sudahkah anda menonton filem ini..? panggung..? astro first..? semua tu kena bayar laa...baik tengok online macam aku..kalau ada yang sudi belanja memang laju aku menapak..kahkahkah.

Aku baru layan semalam free je noks! 3 filem sekali aku bantai bosan punya pasal, barang free katakan..huhu

Meh share link Sekali Lagi (Full Movie) sumber Semakness Tube.


p/s : Dah lama aku nak share filem hantu tapi tunggu bulan ramadhan muncul dulu, aku kan penakut, sekarang dah boleh dah..kahkahkah :D