Friday, 5 August 2011

Review : Door Gift # 2

Review door gift part 2 masa e-day hari tu, ni siaran tertunda untuk Cik Ieta yang nak tau door gift apa yang aku DIY hari tu. Sebelum ni  Review : Door Gift untuk box saja dulu,..hehe

Aku hanya letak benda yang boleh dimakan saja, kotak dengan reben ja tak boleh makan.

Puding Mangga

Aku beli pack besar, dalam ada 24pcs RM 3.99. ni paling murah pernah aku tengok kalau tak normal price RM5.++  dan RM6.20 paling mahal pernah aku jumpa. Ini aku beli kat pasaraya NSK Batu 11, Balakong.

Gula-Gula Mentos & Chewy Apple (hijau)

Chewy apple ni pun aku beli kat Pasaraya NSK, 350pcs free 50pcs RM 9.90. Mentos tu beli kat Pasaraya Segi 300pcs free 30pcs RM 13.50. Then, aku beli plastic kecik² tu 1 pack 300pcs kot RM 3.30 untuk bungkus gula² ni, stapler ambil kat office..hahah lagi mau tanya :D

Muffin Marble & Coklat

Muffin ni, bukan aku beli akak ipar aku sponser. Ada 2 jenis marble & coklat, rasanya dalam 40sen sebijik siap pack dalam plastik. Senang kerja aku..hihi

White Box & Reben (gold)

White box tu aku beli kat BAGUS (Kajang) 0.15sen /pc. Aku dapat info beli kat kedai ni dari b2b yang mana entah tak ingat, secara kebetulan aku search google..thanks a lot. tapi dia beli kat branch Taman Melawati 1000pcs dapat 0.12sen /pc, untung woo..rezeki dia ;)
Reben tu beli kat Mydin ja, 3 gulung RM4.++ kot.

Ni isi dalam box tu yang boleh muat, ada lagi yang boleh masuk.. sumbat lah Tora ka Dendang ka..huk³
size box : 4 x 4 x 5

Try calculate semula berapa yang aku belanjakan untuk 1 box lengkap..hahaha, masih lagi dalam kawalan budget aku, sebab aku pernah survey siap paling murah RM1.50/box isi dalam gula² 4pcs & kerepek dalam peket kecik. Tapi ikut pada kemampuan, bagi aku asalkan ikhlas ;)


p/s : Selesai jugak hutang tertangguh untuk Cik Ieta ngok ngek yang half day hari ni..haha


10 comments:

  1. elok aku ada gak idea klu nak bt kenduri utk aiman nanti, bukan kenduri kawen oke kenduri khatan a.k.a potong teeettttt....=D

    ReplyDelete
  2. @Ieta
    hah..pastu bg komisyen kt aku skit..ni sumber idea..wkakaka :D

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  4. boleh ja bg komisen, aku bagi kotak tue jugak laaa hehehehhe....=)

    ReplyDelete
  5. @Adam Idris
    amin..thansk ;)

    ReplyDelete
  6. @Ieta
    x boleh x boleh..ini x ikhlas nama eh!!! huahauau

    ReplyDelete
  7. puding mangga sangat kiut <3 .. box nya juga.comel.. simple itu lebih menarik :)

    ReplyDelete
  8. wah....nak try la wat cmnie.hehe

    ReplyDelete
  9. @ukhti syikin
    puding tu byk lg buah yg dijual..
    hehe thanks :)

    ReplyDelete
  10. @Ibnuismail
    try laaa...sangat menjimatkan dah simple.. :D

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)