Thursday, 13 October 2011

Dua Insan Yang Sangat Bermakna


Dua insan ni lah yang paling bermakna dalam hidup aku dunia dan akhirat! Tiada bandingan, langsung tiada sekelumit pun yang buat aku rasa terabai.

Berkorban apa saja mengikut kemahuan aku tanpa rasa segan silu, susah payah, perit segala. Andai dunia meletup akan aku capai tangan ke-2 mereka ni.

Aku beruntung lahir pada masa family aku dalam keadaan sederhana, agak mewah bak kata abang dengan akak aku sebab dorang dulu kecik-kecik pernah merasa susah, makan nasik kosong dengan garam saja. Tapi aku langsung tak pernah mengalami situasi susah tu. Mungkin aku makan bubur nasik yang mak buat campur garam yer lah aku kan kecik lagi mana tau..hehe

Lagi ayah aku seorang je bekerja.. mak aku ayah aku tak kasi kerja duduk rumah jaga makan minum ayah aku dengan anak-anak..besar sungguh pengorbanan ayah aku. Dulu kami hanya ada sebijik motosikal Vespa yang mana untuk menampung 6 orang sekeluarga. Nak pergi mana terpaksa sewa teksi, nak balik kampung ke Langkawi sewa teksi sampai ke Jeti, nak balik kampung ayah pun sewa teksi, keluar jalan pun sewa teksi! Disebabkan itu, segala keperluan untuk kami, ayah akan pergi beli sendiri.. segala ayah tentukan.. syukur

Tabah betul ayah aku..

Bila aku darjah 6, baru mampu beli kereta..alhamdullillah rezeki ada. Sejak pada tu dah tak susah lagi, nak ke mana saja boleh bergerak sekali.. ^__^

Bayangkan dulu gaji dalam 300-400 mungkin (angaran sebab aku tak pernah tanya) ayah aku mampu beli rumah, jaga makan pakai kitaorang dengan sempurna.

Sekarang, andai aku tak dapat beri apa yang mak dengan ayah aku hajatkan walupun dorang tak pernah mintak, aku rasa sangat terkilan.. aku call mak nangis2 sebab tak dapat buat, mak pujuk cakap tak apa mak tak mintak semua tu asalkan anak mak happy..

Ya Tuhan.. dua insan ni anugerah terindah yang aku dapat daripadaMu.

Aku mengaku memang aku anak yang manja daripada semua adik beradik, hingga dah dewasa sekarang pun kalau aku balik kampung aku suka tidur dengan mak aku, tidur berpelukan..langsung aku tak kisah ayah aku ada, hehehehehe. kalau tengok tv, mesti melentuk kepala aku atas peha mak aku..itu memang habit yang tak reti nak buang.

Adoi..macam dah bukak aib sendiri..

Mak ayah..achu sayang mak ayah dunia dan akhirat.. T___T

1 comment:

  1. tanpa parent, siapa lah kita kant dunia ni..kan?

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)