Monday, 22 September 2014

Dhafea Dan Air Masak

Assalammualaikum,

Terbaca entri Syima pasal air masak untuk Aisya, aku pun sibuk..teringat benda yang sama aku buat untuk Dhafea.

Umur Dhafea 1y4m aku hanya bagi air masak. Start dari 6m air zamzam lepas tu air masak.

Aku tepis segala kejian orang pasal hanya bagi air masak ke anak, tak hilang dahaga, tak ada perisa. haha ada aku peduli?

Selalu disogok bagi Dhafea air oren, ribena, air kotak. buat masa sekarang belum "lut" kata orang kedah. huhu

P la mana pun botol air masak dia sentiasa dalam handbag aku. Keluar makan, pergi mall, balik kampung, kedai sekangkang kera pun aku bawak. Biar orang cakap over, tu anak aku.

Dengan BS pun aku pesan, hanya air masak untuk Dhafea. Air masak suam lagi BS bagi.huhu i loike! Haritu BS ada tanya dah pernah bagi air soya ke untuk Dhafea, aku cakap tak pernah bagi dan jangan bagi Dhafea alah soya. terus tipu sunat. Sampai sekarang air masak.

Air kotak aku bagi setakat ni Dutch Lady full cream saja. No chocolate, no strawberry. Itu pun selepas dia pass minum fresh milk baru aku bagi. Memandangkan dia dah reject botol 100% , senang BS nak bawak pergi school anak dia hantar anak apa semua.

Dengan BS sehari air masak dia mesti habiskan sebotol. Balik rumah aku sentiasa penuhkan botol air masak dia letak atas meja, tengah main dia dahaga dia sendiri ambil minum.

Senang kerja ibu!

p/s : Ini semua perlukan sokongan daripada suami. Kalau aku tak sempat tengok dia yang akan tengok dan tegur. Syukur!


1 comment:

  1. huda dari 6mo air masak terus tp start 1y year baru dia minum betoi2

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)