Thursday, 22 September 2011

Dipatuk Ular

Semalam mimpi kena patuk ular..

Sebelum nih pun selalu mimpi ular, tapi asal nak patuk je aku dah lari cabut tak tau lah atas sebab takut, geli, atau apa² je lah dan ada sekali tu ular nak datang patuk tapi ada siapa entah dalam mimpi tu jugak tarik aku.. ish rugi hahahahahaha..gilos mainan tidur

Tapi yang semalam, mimpi dia macam nih..

Dalam himpunan ramai² tu, kira macam ada pertandingan lah siang ikan dengan ular² sekali.. termasuk lah aku masuk pertandingan tu. Bila tengok jer ular aku terus gelabah rasa macam nak berlari dah tak cukup tanah, last pergi ke booth kawan aku nih konon nak mintak tolong dia lah cakap aku tak boleh dengan ular nih tolong lah aku.

Pastu aku pun duduk kat atas dinding pendek, tak perasan yang kepala ular kawan aku yang belum disiang tu menjengah kat tepi pinggang sebelah kiri aku.. dari tepi aku dah perasan tapi takut tak tau nak buat apa dah.. redha je lah wooiii ular kau nak buat apa nih, geli ya amat..

Sekali paaaaaapppp! aku rasa kena patuk kt tepi pinggang kiri aku.. terus surrender, tarik diri dari pertandingan gelong tu.. menyumpah seranah tak payah cakap lah.. carut² semua terkeluar.. hahahahaa

Dah tu terus terjaga, dah pukul 6:30, kurang asam betul ular nih.. aku dah kena pinang lah woiii... kahkahkah

tadi search gambar ular yang betul kat google, sekali aku geli meremang bulu roma terus cari yang cartoon... hahahaha

Bila story kat orang mesti dorang cakap ada benda elok dengan tak elok, aku pun search jugak, kalau mimpi kena patuk ular insya'allah akan dipinang /  mendapat suami. kalau mimpi ular belit badan kita itu berkemungkinan ada orang nak hantar sihir untuk kita..

Tapi ni mainan tidur.. tapi jangan lah dok main tidur mimpi ular lagi.. sumpah aku takut lebih daripada nampak hantu.

* Sakit mental aku bila bagitau mimpi ular kat Motivator, ditanya nya berdarah ke tak.. weh! mimpi lah semua terjadi sendiri, tak sempat nak kelebek sendiri berdarah ke tak.. cuma rasa lenguh².. hikhikhik

** Mak aku lagi best, aku mesej bagitau.. jawapan dia.. " ada lagi lah tu orang teringin kat adik.." wakakakaka.. apa nih mak, ish...nauzubillah simpang malaikat 44. 



p/s : Diriku sang setia... =P


2 comments:

  1. hahahaha~ ayok~ ade org nak masuk minang lg~ ;p ke mimpi tu delay, patut kuar b4 majlis tunang ari 2 ;p hahahaha~

    ReplyDelete
  2. @Leeza
    aiyoo!
    ini mmg betol² delay...ular sesat lambat sampai, hahahhahaa =P

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)