Monday, 26 May 2014

Dah Jumpa Milkbooster

Assalammualaikum,

Susu dah semakin nampak jalan menyinar..kihkih

Ok, kes yang aku try fresh milk untuk Dhafea tu..aku kan bagi susu kambing Nubian. Tapi dia still reject.

Beli 2 botol. Guna 2oz ja bagi dia.

Makanya ada lebihan dalam botol tu dengan 1botol tak terusik. Malam tu sebelum tidur aku pun minum laaah. Eh, sedap pulak lemak-lemak masin. Walaupun lepas dah minum tu baru terasa hamis kambing..hihi Aku ok ja since masa preggy dah belajar minum susu walaupun dari kecik tak pernah minum susu -.-"

Tidur malam tu terasa basah sikit.

Bangun pagi pam dapat 3oz. Ok good! sebelum ni nak dapat 2oz pun kemain payah -.-" ni dapat 3oz breast kosong dari pukul 11malam. Ok laah dari sebelum tu.

5-6bulan yang lepas masa masih meriah, sebelah boleh dapat 5.5oz untuk subuh. Rindunyaa nak dapat camtu.

Ok, the next day. Aku minum sebotol penuh malam tu rasa penuhhh dah breast..hihi bangun subuh pam sampai 4oz ja, cukup-cukup untuk Dhafea minum persesi. Walaupun terasa bengkak lagi aku df Dhafea. Seronok tengok dia menyusu :)

Start pada tu husband cakap "kita tak payah risau cari fm untuk Dhafea lagi, awak je yang minum susu Nubian tu untuk milkbooster". So pencarian bermula.

Haritu beli kat Giant Nilai, murah daripada Tesco berapa posen tah. Giant RM5.19. Semalam beli kat Jusco baru RM4.99. hihi. So rembat 3botol, minum jimat-jimat sebab mahal. Dah balik rumah menyesal apasal tak rembat 5botol je terus hahahaa

Tapi fm untuk Dhafea aku masih cuba laa..untuk stanby kan. Semalam dapat sample dari Enfalac+A, walaupun dia pernah nak muntah tapi free ambil je la. Sample Karihome pun dah sampai. Belum try.

Ni macam pelik apahal dapat sample semua susu yang mahal-mahal..huhuhuhu

ok, bai..




1 comment:

  1. wahh..nice share. sama lah, awal2 ri tu relaks je pump guna manual tu..dapat 8oz ok..siap bengkak2 leleh2 bagai..sekarang..sedihhhhhhh..walaupun da start bg FM...dia masih BF, melekap sampai rasa nak pengsan diketap2nya..siann, kalau BM banyak..boleh fokus balik BF..

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)