Thursday, 12 February 2015

Dulu...Sebelum Kahwin........

Assalammualaikum,

Dulu, sebelum kahwin aku boleh kata selalu terfikir kalau rezeki aku meninggal time melahirkan anak..

Aku rasa meninggal  time bersalin tu sangat mulia. Bertarung nyawa demi mengeluarkan seorang nyawa. Terfikir lah kalau aku meninggal time tu suami boleh jaga anak.

Tapi...

Bila dah kahwin, bersalin...aku berdoa Tuhan panjangkan umur aku untuk jaga anak aku sepanjang hayat aku, berbakti kepada suami.

Sampai macam tu sekali kan..hahah over tau.

Terus tukar pemikiran bila anak depan mata.

Mengandaikan aku meninggal saat melahirkan anak, nanti anak aku macam mana lah. Baru celik mata tengok dunia, ibu dah tak ada disisi. Mesti sedihkan.. Macam mana struggle-nya dia hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Tapi kalau dah itu ketentuan apa boleh buat.

Sedihnya..

Kenapa lah sejak akhir² aku selalu fikir pasal Dhafea..berfikir yang aku tak nak kehilangan dia. Mohon Tuhan panjangkan umur aku, dia suami.

Rasa macam nak buat "Catatan Untuk Dhafea Shurafa"

Mohon dia baca blog ni bila dah besar, baru tahu pengorbanan seorang ibu macam mana.

Buruk pulak perangai belum apa² dah ungkit..bahahhahahaha


1 comment:

  1. lawak la suria ni.. ober kan perasaan bile dah jadi mak.. berubah 360 darjah

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)