Monday 31 March 2014

Dhafea Dah Bebas Daripada Sembelit.

Assalammualaikum..

Hura hara aku cari segala mak nenek petua untuk melawaskan di Dhafea yang mudah semeblit ni. Dia start sembelit since 6bulan, 1st day start solidfood.

Bad mummy sebab dengar cakap nurse and ofcoz my mom yang beriya suruh bagi bubur nasik. First time aku bagi puri carrot, Dhafea makan banyakkkk.. teori yang orang cakap baby akan makan 2-3sudu tu tak tepat untuk Dhafea, hampir semangkuk dia makan.

Tengok cara makan Dhafea, my mom suruh buat bubur nasi katanya bagi kenyang. So aku buat bubur nasik + carrot (nampak kesalahan disitu? carbo + carbo). Dia makan banyak jugak. After that 3hari tak membuang, lepas 3hari dia meneran..hooii pilu hati ibu tengok dia meneran, nampak kesakitan tu. Dah pelbagai petua aku buat, urut perut, senaman kaki, minum banyak air masak, puri prune, jus prune semua dah buat! Hari ke 4 pun tak membuang, hari ke 5 husband cakap jom ke klinik.

Pergi klinik doktor cakap lama sangat ni tak membuang, tekan-tekan perut lembut tak keras cuma aku bagitau doktor yang time dia nak membuang tu meneran menangis teruk tapi keluar macam taik kambing. huhu. Doktor bagi ubat pelembut najis untuk minum, sebelum tu banyak soalan aku tanya boleh ke ubat ni, ada drug ke..lepas husband cakap on, baru bagi dia minum. Dalam 2kali minum dia membuang agak keras la sebab sebelum ni minum susu je kan ofcoz lah lain hasilnya..haha 1 haritu membuang 4kali kalau tak salah, 1st and 2nd agak keras 3-4 dah lembut macam biasa.

Lepas tu dah ok membuang dalam 1week, jadi balik balik..walaupun food yang aku bagi tu semua jenis pelawas. 6bulan tu terus aku stop bubur and carrot. Makan puri buah dengan pumpkin, sweet potato camtu je. Pun sama jugak. Macam-macam jenis ubat dah bagi,

Sampai pernah beli ubat farmasi, ubat untuk lembut najis. 2kali minum Dhafea terus berak cair..ni cair bukan lembut tapi airrrrrrr! BS cakap mengalir macam air kecing..subhanallah risau gila. Overdose kah? so lepas tu ubat tu tak bagi lagi dah..ngok punya orang farmasi. Me as a mother pun ngok jugak!

Sembelit paling teruk masa bulan januari haritu kot, sampai setiap masa dia menangis BS terpaksa call aku cakap Dhafea asyik menangis sepanjang masa nak membuang sakit. Aku pergi ambil dia bawak pergi klinik, doktor kasi ubat bontot "enema" sejenis cecair macam sabun. No choice sebab kali ni teruk sangat sembelit sampai tak senang duduk, kesian. Masuk ubat tu, menangis-menangis lah dia sakit sebab tindakbalas cepat within few second camtu. 1st time guna ubat tu walaupun sebelum ni BS dah cakap guna ubat tu tapi aku dengan husband tak nak, tak nak! sebab tak nak dia bergantung pada ubat tu. Tapi yang ni untuk 1st time bagi, aku tunggu je BS masukkan kat bontot dia tak sampai seminit dia meneran siap bunyi "popp" maybe yang kepala keras tu keluar..hihi aku pegang pampers dia Ya Allah kerasnya sayang hasil awak ni. Lepas keluar yang keras tu terus yang lembut. Sedihnya tengok anak.. -.-"
Dia membuang elok dalam 1week pastuuuu jadi lagikkk! aiyooo kali ni husband tekad tak lagi "enema" tu nanti rosak usus anak dia. Aku dah menangis-menangis dalam diam sebab malam tu Dhafea langsung tak lena tidur maybe tak sedap perut, end up husband pun tersedar dia cakap "bagi je lah yang ubat bontot tu, kesian tengok anak" aku pun laju² masukkan, terus "booom" keluar khazanah asli..bahaha. So husband cakap ini last no more "enema" for Dhafea. Aku pun iyerr, aku pun tak nak tapi dah terpaksa tu je jalan untuk masa sekarang. Lepas tuuu jadi lagi kali ni selang 2hari jerrr..terus husband cakap jangan bagi ubat tu nanti dia beli ubat lain, dia pun tanya officemate dia sebab wife dia tu kerja farmasi, dia cakap bagi ubat Cosway "Duphalac" kalau tak silap. So lepas bagi tu dalam 2kali Dhafea membuang dengan jayanyaaaa..

Sampai sekarang dia dah membuang dengan sempurna.. Yeeeaaaah! sayang husband buat keputusan bijak!..hahahahah sorry ter-over.

Sekarang walaupun dah tak sembelit, aku masih jaga pemakanan dia. Doktor cakap perut dia lain macam kena jaga pemakanan dia.


Lebih kurang gini ubat tu..
(Sumber Google)



8 comments:

  1. i makan ni masa pantang dulu. sedap! rasa syrup. nyum nyum~ recommended sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sedap ke..? baby i xmau selalu paksa..hihi

      Delete
  2. aisya pun jenis mudah sembelit jugak dulu. intro apa saja, sure sembelit... tapi i jarangggg sangat bagi ubat. ksian kan kalau dia nak berak tu nangis2 bagai kan....

    tapi skarang dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la syima..ni pun jenis sembelit, niat memang xnk kasi ubat tp terpaksa sgt dah jus, buah semua xjln..drpd kena bg enema, bg je la ubat..nasib baik dah ok..hehe

      Delete
  3. Alhai..siannya.Nana masa dalam pantang kena sembelit.mashaAllah hazabbbbnya.hanya Allah yang tau..menangis sorang2 dalam bilik air..Aydin pun nangis sama kat luar bilik air sebabtakde orang jaga..inikk pulak Dhafea baby kecik comel kena sembelit..uwaaaa.semoga semua orang dijauhi penyakit sembelit..Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam pantang tu dah semestinya nana, suria pun kena..huhu mkn buah prune x ok kena makan pil baru berjaya..seksa berjam² dalam toilet..hihi

      kesian sgt nana..pilu je hati tgk anak teran..huhu ibu yg over..hikhik

      Delete
  4. waaa tringat masa pantang kena sembelit. sakit tahap babun. mmg hazabun. siap golek2 dlm toilet. sakit sembelit lg sakit dari beranak! sian dhafea. sebaik dia dah ok skng. rina pun risau jugak nak start puree apa dkt helena ms 6bulan nti. plg risau bab sembelit ni.

    ReplyDelete
  5. Siannya baby.tak sanggup kan tengok dia sembelit

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)