Monday, 22 July 2013

Bersahur Dan Berbuka - Berperang Dengan Anak

Assalammualaikum..

Dah masuk hari ke-13 berpuasa.. Alhamdulillah masih penuh..heeee

Nak tau lah korang berperang tak dengan baby/anak korang time nak bersahur dengan berbuka? maksud berperang tu aku selalu guna dengan mak aku..bhahaha kira baby/anak meragam la time² gitu..

Si Dhafea ni, ya Allah..sebaik² jam lain tapi jam nak berbuka tu la dia nak merengek nak tidur lah nak menyusu lah padahal aku selalu sebelum pukul 7 tu dah standby df dia siap² dah nak bagi tidur tapi dah kenyang mata terbuntang lagi tersengih² nak main..ampun anak oii! puas dia main time berbuka la dia meragam.. tapi sejak dah berbuai kat rumah PIL ni senang sikit, pukul 7 je husband masuk dia dalam buai sampai tertidur..huhu tapi kalau kat rumah kitaorang redha je lah kalau tengah² berbuka tu dia menangis tersedu², sampai aku selalu lah df dia sambil makan..

Kisah bersahur pun gitu. Aku ni dah la jenis bangun ngam² punya masa..haha jam kemain alarm pukul 4pg bangunnya dekat pukul 5 jugak. sebabnya? aku delay kan sekali pastu aku tarik Dhafea df siap² konon senang aku bangun masak dia tak lapar dah, tapi hampeh ler punya lama dia df sekali dengan aku terlelap tak pun dia nak mengempeng, asal aku lepas je dia menjerit² menangis sumbat semual diam. Adegan ni berlarutan 3-4kali sebelum aku bangun jugak. Tengah masak dia menjerit² kejut husband layan dia. Lepas sahur time aku nak mengemas, siap ebm, pergi mandi pun sama. Lepas berkemas selalunya aku layan dia berborak bermain kejap pastu baru mandi, dia jenis nak bermain kena ada orang depan mata dia layan dia main..huuhu T_T" kalau dia tak nampak orang menangis² keluar air mata. Macam pagi tadi, aku mandi airon baju dia menangis² sebab mengantuk 5:30 dah bangun. Dah siap mandi pakai baju aku nak siap benda lain kena lah dukung dia sambil buat kerja..uwaaaa...Dhafea dera emosi betul! haha susah nak dukung sambil buat kerja kena kepit lebih sebab dia baru 3bulan, leher belum betul² keras kena tolong pegangkan..haih laaa dia kalau mengantuk sangat atau lapar sangat memang meragam entah apa² lah kan. Kalau tak elok je sejam dua jam dia main..

Perangai dia bertukar² setiap berubah bulan..banyak perkembangan positif..sukaaaa tengok! ketawa dah mengekek², menjerit sakit habis teliga orang dengar..haha suka tengok filem P.Ramli. bhahaha



8 comments:

  1. hehe...sama la ngan umayrah..time sahur ngan berbuka wat perangai..dah la dok umah flat..abeh jiran terkejut.hehe..tiap ari lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa pun sibuk nak berbuka jugak..hahaha

      Delete
  2. Memang biological clock drang teransanh untk aktif time tu agknya.. sabo jek la. Kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la kan..
      mcm tau² je..huhu

      Delete
  3. huaaaa sbr ye.princess pon mula2 puasa tu dye bangun.skrg ni x bangun dh.rara bangun senyap senyap buh bantal kat keliling dye.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhafea jenis tdo kena berpeluk jeeee..
      nk rasa sentuhan kulit org sbb tu kite bgn dia pun bgn..
      grrrr

      Delete
  4. dhafea nak perhatian u tu hehe. tp sampai tertido balik tu haru. jangan terlepas sahur sudah u haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe letih cha..
      alhamdulillah belum lg setakat ni..hehe

      Delete

Hello cantik's.. ;)