Tuesday, 9 December 2014

Gold Coast International Resort, Morib (Part 2)

Assalammualaikum,


Ok, cont. part 2..

Lepas berendam kat theme park, dalam 2jam jugak la kot. Husband ajak naik walaupun Dhafea menangis-nangis tak mau naik.huhu


Tapi angkut jugak, upah naik rides yang ada kat tepi-tepi tu. Naik bilik dua beranak ni sambung jakuzzi. Mak tak hingin..sejuk, walaupun air panas karang keluar ja jakuzzi aku tetap sejuk. Tukar baju sekalian, kitaorang turun untuk dinner buffet. Dinner buffet start pukul 6pm - 10pm kot tak ingat.

Sampai ja kafe kena beratur, yang mana ada kupon boleh masuk dulu. so weols dapat la masuk. Time ni belum ramai manusia. Food tak banyak choice, nasi ada nasi goreng dengan nasi mandi ja. Lauk rendang daging, sambal sotong getah, ayam goreng rempah, potato tempura dan sayur campur. Dessert brownies, puding, crepe apa entah camtu la. Westen ada spagetti bolognese, pastu apa laginya entah tak sempat aku menelek. Salad. Udang dengan apa lagi tah yang letak lemon saja tu. Buah ada green apple saja. Sedih! mee kari dan seangkatan.

Aku hanya ambil nasik goreng, ayam rempah, tempura, buah, rendang, brownies. Tu ja kot. Husband pun lebih kurang ja. Makan pun tak lama konon nak repeat sekali Dhafea poo poo pulak nak ke toilet jauh. So makan laju-laju terus gerak balik bilik. Dhafea terus tidur dari pukul 8 ka belum pukul 8 aku tak ingat. letih sangat.

Malam tu laki bini rileks sikit anak dah tidur..kehkeh.
(Ada kisah malam tu Dhafea tidur tak lena, kejap-kejap nangis..sampai aku berkali-kali terrrmarah dia tengah-tengah malam, nak mengempeng ja sampai aku sakit badan. Rupanya lepas balik tu ada kisah. Tu nanti story lain)

Tapi awal jugak tidur pukul 9 kot..

Esok pagi pukul 7 mata aku dah segar, tak boleh nak sambung tidur. Husband pun sama bangun. Aku bangun mandi, kemas siap-siap sebelum turun breakfast. Breakfast start pukul 7am - 10am. Kami turun dalam 8 lebih kot. Hampeh kafe full so kena hantar ke kafe yang jauh konon "seaview" grrrr. Food tak sedap langsung! harapkan pakai ja topi chef, aku masak lagi sedap kot. Aku makan mee goreng 2sudu ja tak dapat telan. Scramble eggs yang nak muntah. Dhafea makan cornflack dengan susu. Kami kenyang dengan samosa ja. tu ja yang sedap. Then suasana lalat yang super teruk! eeeew sangat kotor kafe tuu..serius out! bayangkan makan semeja dengan lalat yang lagi banyak daripada orang. Husband cakap ni la pakej breakfast bersama lalat. hahah Dhafea yang becuk tu asyik la "ish lalat" "bu..lalat..lalat" huhu. Sambil makan sambil tepis-tepis lalat dok mai hingap ke muka. Geli sungguh.




Lepas breakfast turun ke pantai kejap, pantai tak cantik. Air kotor. Boleh laa lepas gian nak pijak pasir. haha walaupun husband tak mau aku beriya nak bagi Dhafea main pasir tapi kejap ja pun. Naik bilik tukar baju turun theme park lagi, kali ni aku join malas dah nak pegang hp. hihi kejap ja tak sampai sejam Dhafea pun dah gigil pukul 10 lebih kot naik. Kemas saki baki rehat kejap pukul 11 dah check out. Bagi mengelak beratur panjang pukul 12.


Itu saja percutian kami..hahahaha walaupun gaya aku cerita sini macam tak best tapi best la bagi aku dengan keterujaan Dhafea. Quality time tu cun, huhu
Balik ja malam tu Dhafea terus demam seminggu.. T_T"

p/s : Aku tak rajin nak snap gambar, huhu banyak husband yang snap. Malas nak tranfers o layan yang ada saja


2 comments:

  1. sronok betui tgk dhafea swimming. ni yg rs nak p bercuti nihh. wahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka dgn ayaq rina, tambah nampak kolam besaq camtu tergedik² tak sabaq..hahahhaa. p la rina merasa sekali..hihi

      Delete

Hello cantik's.. ;)