Friday 12 December 2014

Kisah Selepas Balik Dari Gold Coast Morib.

Assalammualaikum,

Aku agak seram sejuk dengan kisah ni.

Lepas balik dari Gold Coast Morib (Part1 & Part 2), Dhafea demam. Actually malam yang tidur sana pun dia dah start panas badan.

Malam tu sebelum tidur pun terasa dedar. Aku dah siap pakaikan dia baju lubang-lubang. Air untuk sponging pun aku dah ready kat tepi. Betul! malam tu dia demam tapi tak kuat, below 38. Tapi aku boleh rasa panas tu. Aku sponging all the time..tak jalan. Last kejut husband ambilkan ubat. Dah makan ubat kebah tapi tidur tak jugak lena betul. Pagi tu aku hantar ke bs macam biasa. Tengah hari aku call bs dia cakap Dhafea badan dedar tapi main macam biasa. Makan kurang. Pukul 1 bs bagi makan ubat. Kebah sejuk.


Malam tu pun sama, makan ubat kebah pastu panas balik. Hampir habis la paracetamol dari KK tu T_T. T tak boleh jadi aku cont. ubat dari paed pun sama. Hari Rabu aku call mak aku cerita Dhafea demam gini-gini. Semua cakap sebab terlebih rendam dalam air. Aku tak percaya sebab dia langsung tak flu cough. Hanya demam!

Mak aku terus mintak air penawar dari pak long aku. Thru phone ja buat air penawar..hihi Dhafea sebelum maghrib tu dah tidur. Pak long aku bagitahu cara nak usap kat ubun-ubun, mandi, minum. Tapi punya gelabah, air tu aku usap kat ubun-ubun tapi tak tepuk 3x. Bajet ok laa esok bagi mandi. Tengah malam tu demam lagi. T_T Khamis aku sms boss pukul 6 pagi cakap EL, tunggu husband masuk ofis kejap aku siap-siap semua bawak pergi klinik. Time tu suhu dia dah turun tapi aku nak jugak pergi klinik prepare apa yang patut. Doktor cakap tonsil dia besar sangat. Paru-paru semua ok. Tonsil pembawa demam. So aku hantar ke bs macam biasa. bs cakap tengah hari demam dah makan ubat. petang aku ambil sihat macam biasa.

Malam mula nak panas.

Malam tu suhu naik ke 38.5 gelabah aku, pukul 1 bangun bagi ubat kejut husband. Aku tidur balik. Dhafea cakap sejuk so aku selimut dia, kejapan dia dah kebah badan dah sejuk. Malam tu la jugak aku kena tindih dek 'benda' tu. 1st time dok rumah tu aku kena. Ngeri. Aku tengah mengiring lepas pusing df Dhafea. So mata aku boleh buka sikit, mulut aku boleh bergerak. Selalunya kalau kena aku tak dapat gerak jerit pun suara tak keluar. Tapi malam tu semua pun boleh. Aku siap takbir, baca fatihah kuat-kuat, ayat kursi. tak sampai 3minit rasanya badan aku dah ringan. Dengar kat luar anjing menyalak nyalak. Sah! lepas tu aku nak pusing cari Dhafea pun takut, berdoa semoga husband dah peluk dia seperti biasa. Sejam jugak aku nak lelap semula. Pagi tu mandi cuci muka sambil buka mata. lol


Masuk ofis baru whatsapp husband, dia cakap tengok nanti malam macam mana. Petang tu terus aku call mak aku cakap nak buat air penawar semula. Malam tu jugak pak long aku cakap Dhafea kena rasuk daripada Morib. Aku lebih suka panggil 'benda mengikut'. Pak long aku jenis lepas dia buat air penawar baru dia dapat mimpi hehe.

Lepas dia dah ok baru aku teringat balik no wonder sejak balik dari Morib aku asyik la rasa tak sedap hati. Aku sendiri pun jadi penakut yang sangat extreme, dengan time tu aku PMS. aku bangun setiap pagi jam 6.45am - 7am, tunggu matahari naik dulu baru aku bangun punya la takut.hiks

Alhamdulillah start malam tu Dhafea tidur dah tenang, aku pun tenang. Cuma perasaan aku ja kekadang tu. Biasa lah orang penakut, hihihi

So, beringat la pergi tempat nak suka-suka gitu. Ada anak kecil. Padahal pergi tu masuk bilik hotel tu aku siap bagi salam, baca al fatihah ayat kursi. Surah Yassin semua aku dah standby Tapi benda nak jadi. Maybe dari luar kan.

Semoga lepas ni aku lebih berhati-hati. ataupun aku dah takut nak pergi bercuti..ekekeke

Tapiiii husband ada hati ajak repeat..grrrrrr


p/s : Bak kata Huda aku dengan cerita hantu berpisah tiada..hahahah sengal Huda






4 comments:

  1. haaa tu lah dulu nak bawak Aisya jalan2 tido hotel takut sangat. tapi hari tu gi Johor, langsung lupa pasal tu. nasib baik takde apa2. maybe sebab kat town kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la syima sebelum ni masuk hotel memana ok je,
      cuma gold coast ni jer jadi hal..
      maybe tak kena dgn dia kot..

      Delete
  2. hahahahaha blender walker dan gold coast hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahaha
      benci huda!
      iols boleh buat novel horror mesti meletopssss :P

      Delete

Hello cantik's.. ;)