Friday, 30 March 2012

Kalau Sijil Kursus Kahwin Hilang...?

As Salam,
Hai laaa mood nak update ke laut.. busy teramat dah sekarang ni, malam² tidur lambat.. balik kerja terus mengadap bunga pahar & etc..fenattt.


________________________________________________________________________________________________

Semalam kisahnya..
Pagi² bangun sembahyang subuh tetiba teringat borang nikah aku belum isi.

Purrrlp! aku lupa langsung..serius lupa dekat mana aku simpan borang nikah yang dah aku kepelkan sekali sijil kursus kahwin, salinan yang dimintak semua dalam tu. Ini lah kelemahan aku kalau terlalu berhati² nak menyimpan barang yang penting sampai lupa. Yang aku ingat memang aku letak dalam kereta. Gila tak sabar bersiap nak g kerja nak turun bawah tengok dalam kereta. sumpah gelabah cari tak jumpa bukak bonet semua pun takda. Masuk dalam rumah semula check dalam bilik pun takda. Subhanallah!

Tak keruan aku masuk opis pagi ni, call mak aku tanya ada kat kampung ke tapi tapi jawapan yang negetif! call pejabat agama sungai petani tanya macam mana kalau hilang, depa kata kena mintak pengesahan daripada tempat kursus kahwin tu then g pejabat agama negeri. Call WANIS KURSUS KAHWIN, hampeh start pukul 9-11 aku call no body pick up! sampai dah berpuluhan kali aku call akhirnya dia call semula. Dengan jawapan kerek yang sumpah aku tak jangka daripada manusia yang nampak sungguh mulia dimata aku. malas nak mention nama manusia tu, kang siapa yang g kursus kat situ termengumpat dia pulak kan. jawapan negetif yang aku dapat. " kita tak boleh keluarkan 2 kali, lagi pun awak punya sijil 2 tahun dah out daripada system kita. pengeluaran ni daripada JAKIM" "apa kata awak datang kursus semula bagi saya nama penuh & no. ic saya masuk register sekarang" (ayat ni aku ubah suai)

Kelas ayat depa...padahal aku dah pun call JAKIM terlebih dahulu. JAKIM cakap ambil surat pengesahan daripada tempat kursus kahwin tu, make sure ingat tarikh & tahun kursus haritu then bawak g jabatan apa entah tak ingat buat surat akuan sumpah pastu bawak surat pengesahan & akuan sumpah tu ke JAKIM untuk pengesahan sebelum submit ke kariah aku tu. simple kan..? yang depa kerek bukan main lagi. saja aku tak bagitau yang aku dah call JAKIM dulu..memang bebal kot aku semalam.

Dah la badan rasa tak sihat dengan kepala otak asyik fikir sijil tu jeee.. terus apply cuti separuh hari. Sampai rumah je geledah drawer bawah tv.. Tadaaaaaaaaaaa!! ahkak aku la ambil simpan tempat lain ishh..

Alhamdulillah..

Lepas tu tak puas hati lagi ni, search jugak mengenai kehilangan sijil kursus kahwin. Rupanya procedure dia sama je dengan yang JAKIM bagitau aku tu..tak perlu g kursus lagi sekali. Nampak lah sangat tempat kursus kahwin aku tu nak untung je..

Pengajaran.

Till then,

p/s : Sekali panjang daaa entri ni, hihi

11 comments:

  1. fuhh nasib baik la jumpe, same la kite balik keje ngadap bunga pahar tu adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa..
      sy pn dh loya tgk bunga pahar tu apatah lg bunga pahar tu dh benci tgk tuan nye...kihkih

      Delete
  2. ni yg as pun tak sedap hati ni.balik ni nak jugak cari sijil kursus kahwin. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik carik cepat² pastu bagi mak simpan lebih selamat..
      suria careless..hehehe

      Delete
  3. aiyoooo...atie aritu cuak cr jgk rpenye dalam keta terselit..huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. suria mudah lupa..
      nsb baik org sekeliling selalu simpankan brg..
      heheheh :D

      Delete
  4. Mas pun jenis careless gk.. Pstu kuat pelupa plak tu.. Huu x tau cmne nk kurangkn tabiat buruk ni.. Hrp2 nti mase wedd xkn jd mende2 cmni kt mas, doakan.. :)
    btw, free visit/follow la belog kite yg x seberape tuh :D
    cikmashi-bridetobe.blogspot.com
    tq :)

    ReplyDelete
  5. Mas pun jenis careless gk.. Pstu kuat pelupa plak tu.. Huu x tau cmne nk kurangkn tabiat buruk ni.. Hrp2 nti mase wedd xkn jd mende2 cmni kt mas, doakan.. :)
    btw, free visit/follow la belog kite yg x seberape tuh :D
    cikmashi-bridetobe.blogspot.com
    tq :)

    ReplyDelete
  6. Nak tnya ,kalau tahun 2011 kita buat 2016 hilang kena ambik baru ke ?sebb dijil bru hilang 3 hri lepas nk khwen 2mnggu lagi ..pening nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu sis, hanya perlu call tempat sis kursus tu mintak pengasahan baru. tp depend pada dorang jugak. macam kes i tu dorang akan delete all record after 2y.

      Delete
  7. salam.. ada x yg punya contoh surat akuan sijil kursus pra kawin hilang??? punya sy hilang juga dh dua tinggal 2 minggu dah nk kawin ni.. hmhm.. tq.

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)