Monday 16 April 2012

Cakap Jangan Sebarang Cakap

As Salam
Title post tak boleh blah kan..? ala² langsi..muahaha

_______________________________________________________________________________________________

Tadi masa facebook walking (haha ada ke..?) terbaca lah satu status ni, tapi malas pulak nak print screen.
Ayat berbunyi gini

"Kalau tak ada kewangan yang kukuh baik jangan kahwin..kahwin ni kena ada bajet..kalau setakat nak seronok² tak payah lah seronok kejap je.. tak menjamin pun!! so, renung² kan & selamat beramal.." 

(ayat aku dah ubah mengunakan kosa kata yang lebih senang di fahami)

Lalu dengan pantas aku mengomen status tu dengan lagak yang agak kerek :P

"Jodoh dari Tuhan..dah sampai seru bermakna Tuhan dah tetapkan rezeki masing².. Tuhan suka manusia yang berusaha.."

Sebenarnya syaiton nirrojim lah yang berbisik suruh aku mengomen, kononnya macam aku terasa sebab aku pun bakal berkahwin..hahah gila loser salahkan syaitan iblis :D


Lepas tu ada lah orang tu orang ni meng'like' komen kerek aku tu. Terus budak tu pun komen balik


"Saya setuju..yang penting kerjasama!! tak lama lagi dah nak majlis kan 2hb 5 ek..?"

Tetiba dah lalang..tadi kemain lagi pang pung pang pung kan.. hahah dah tu majlis aku pun main redah je lah teka.. sumpah aku rasa loser.. Nasib lah kau tu bawah umur daripada aku kan, kau pun aku tak berapa ingat yang mana..jiran maybe. Hati syaiton nirrojim ni berbisik pulak suruh remove..muahahah tapi agak keji aku rasa.


Aku biar je lah komen dia yang berbunyi pertanyaan tu, malas lagi dah.. setiap komen aku begitu berharga :D

Aku dulu pun masa 5 bulan pertama nak buat preparation asyik serabut kepala otak, fikir hal duit, Naik give up pun ada. Tapi tunang selalu motivate aku yang lembab ni, katanya ada rezeki untuk setiap yang memerlukan. Kena percaya tu. Then baru lah rasa tenang sikit.


Sebenarnya jugak hormon aku sekarang asyik rasa nak memberontak je lagi² dah nak dekat.. hewww lagi salahkan hormon.


Till then,

6 comments:

  1. betol tu suria. kalau dah jodoh bukan kira time duit banyak ke sikit. hidup ni kena usaha. tak usaha ingt duit nak jatuh dari langit ker? kalau jatuh dari langit hari2 as dok menadah jer.. haha..

    dulu pun masa as mula-mula buat preparation sakit kepala otak ni. tp org sekeliling selalu ckp, perkahwinan bukan 1 bebanan.tunang pun ckp mcm tu. lega jugak lah hati batu as ni. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan tu kan maha mengetahui..dia tau lah kan keje dia,
      bila dah sampai jodoh tu akan ada lah rezeki masing².. :)

      uihh nak kawen memang sakit otak..hehe :D

      Delete
  2. suka!~hehe
    setuju tu suria...mesti rase ter'panggg' untuk dia...=)

    kadang2 orang rasa cakap dia menyindir nk sindir kan orang, tapi akhirnya tak sedar sindiran tu bakal menunjukkan cetek nya pengetahuan dia...=) (sorry kasar jugak ayat..huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe dia sendiri rasa terbidas sebab tu komen balik cam nak protect diri sendiri..heww :D

      ayat lembut lah tu nisa, like! ;)

      Delete
  3. penah gak ade someone tu cakap dekat tunang camtu. sbb tengok org tu blum dapat kerja tetap, etc. tapi jawapan tunang bagi sama mcm suria ckp tu heheh.terus terdiam.susah laaaa nak puaskan hati semua orang.tak kahwin salah, kahwin pun salah.geram gak kdg2.grrrrrrr ampun saya emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu zimie,
      dorang ni kadang² bercakap mcm cetek sangat je pemikiran tu.
      tak sedar yg dorang pun akan lalui jugak.. ;)

      Delete

Hello cantik's.. ;)